PENDATANG baru, Lupita Nyong'o berjaya menumpaskan pelakon mapan lain seperti Jennifer Lawrence dan Julia Roberts untuk meraih Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Oscar sebentar tadi.
Nyong'o yang dilahirkan di Mexico tetapi dibesarkan di Kenya melakonkan watak Patsey dalam filem "12 Years a Slave".
Filem itu diarahkan Steve McQueen dan ia berdasarkan biografi kehidupan sebenar mangsa penculikan Solomon Nothup yang dilakonkan Chiwetel Ejiofor.
Ini merupakan kali pertama Nyong'o berlakon dalam sebuah filem.