Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pendosa Ingin Ke Syurga, Nur dan Dukun menang besar di Anugerah Skrin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pendosa Ingin Ke Syurga, Nur dan Dukun menang besar di Anugerah Skrin

Nov 03, 2018 | 01:59 PM



DRAMA sedih tentang lelaki yang cuba menebus dosanya, Pendosa Ingin Ke Syurga, menang besar di Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) anjuran saluran TV3 semalam (2 November). 



Laman Utusan Online melaporkan karya arahan Rashid Sibir dan terbitan Suhan Movies itu meraih dua anugerah utama, Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik. Pelakon veteran, Fauziah Nawi, turut menerima Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik.



Pada majlis anugerah tersebut, pengiktirafan turut diberi buat pelakon yang berjaya menggalas amanah sebagai insan istimewa. Trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama menjadi milik Nad Zainal menerusi drama Fatonah Azali manakala Jay Iswazir berjaya mengungguli kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi Aku Nazmi.



Sementara itu, filem Dukun, arahan Dain Said turut mencatat kejayaan besar pada anugerah terbabit dalam kategori filem apabila membawa pulang trofi Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik (Datin Seri Umie Aida).



Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem pula menjadi milik Shaheizy Sam yang berjaya membuktikan lakonan berkesan dalam filem Pinjamkan Hatiku.



Drama 'berhantu' Nur yang mencetuskan fenomena berjaya meraih tiga anugerah, Drama Rantaian Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Syafiq Kyle) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian, Amyra Rosli. 



Mengulas kemenangannya di Instagram, Umie menulis:



"Hakikatnya duduk dengan Zizan Razak, Diana Danielle, Sheila Rusly dan Ann Mokhtar membuatkan saya terlebih gementar. Apabila menang saya bertambah teruja. Ini adalah jeritan 12 tahun menunggu Dukun ditayangkan. Alhamdulillah, kemenangan ini berkat kesabaran kru filem Dukun. Terima kasih."



Syafiq pula berkata:



"Kemenangan Capik (panggilan manja buat dirinya) bukan sekadar untuk Capik seorang. Tapi untuk ibu dan ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak pengurusan, TV3 dan tentunya kelab peminat Capik. Buat keluarga Nur, terima kasih atas peluang yang diberi. Buat Ustaz Adam (nama watak dalam Nur), terima kasih kerana membuka peluang untuk Capik melangkah jauh lagi dalam industri seni."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >