Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pengalaman silam ajar kekasih real Curi-Curi Cinta lebih waspada

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pengalaman silam ajar kekasih real Curi-Curi Cinta lebih waspada

Jun 23, 2019 | 05:30 AM



PENGALAMAN silam bersama teman lelaki atau temanita dahulu banyak mengajar pasangan selebriti Malaysia, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson tentang erti kejujuran dalam hubungan.



Mereka yang mengikat tali pertunangan pada musim Raya di Perth banyak menjadikan segala kesulitan hubungan cinta lalu sebagai iktibar dalam membina jalinan kasih lebih utuh dan akrab.



Sebagaimana jelas Zahirah, 24 tahun, dalam pertemuan di Wisma Geylang Serai (WGS), baru-baru ini:



"Komunikasi itu amat mustahak. Kami saling jujur antara satu dengan lain dan pastikan kejujuran ini juga dipancarkan buat peminat.



"Tiada yang kami ingin sorok daripada pengetahuan mereka. Sungguhpun begitu, ada juga aspek-aspek tertentu hubungan yang kami kekalkan sebagai satu privasi bagi menjaga hati ibu bapa masing-masing.



"Pengalaman silam mengajar kami berdua agar bersikap terbuka tetapi pastikan ada keseimbangan dari segi maklumat yang ingin dikongsi."



Zahirah dan Aiman, 30 tahun, yang digandingkan dalam drama Astro, Curi-Curi Cinta, berada di Singapura untuk bertemu peminat atas undangan Singtel TV dengan kerjasama Astro.



Mereka yang disifatkan sama cantik, sama padan, sebelum ini pernah terlibat dalam hubungan cinta bersama rakan artis yang menjadi perbualan ramai di media sosial.



Zahirah dikaitkan dengan pelakon sado, Zul Ariffin, dengan hubungan mereka disahkan putus apabila Zul mendakwa tidak senang dengan aksi Zahirah merakam 'selfie' berdekatan jenazah ibunya.



Aiman pula pernah menjalin cinta dengan artis kontroversial, Fathia Latiff.



Ditanya tentang keserasian antara mereka yang diperkasa dalam set Curi-Curi Cinta, Zahirah berkata:



"Sebenarnya, tiada masalah bekerja dengan Aiman. Ia lebih mudah sebab kami memang selesa antara satu dengan lain dan tidak kekok berbincang."



Aiman pula senangi profesionalisme dan dedikasi tunangnya itu dalam kerja yang membuat penggambaran lancar.



"Perbezaan kami hanyalah, Irah (panggilan buat tunangnya itu) lebih disiplin. Saya pula agak santai dan relaks.



"Saya boleh 'bantai' makan nasi lemak pada waktu pagi. Tapi Irah tak boleh. Dia jaga apa yang dimakan. Biasanya, dia tak lepas dengan salad yang buat saya terfikir, 'Eh...ini makanan burung ke?'" seloroh Aiman.



Ditanya tentang kesan semberani drama Curi-Curi Cinta yang membuat penonton menitiskan air mata, Zahirah berkata:



"Saya kira drama ini berbeza daripada apa yang saya jayakan sebelum ini. Inilah kali pertama, saya perlu bawa watak anak derhaka."



Aiman pula menambah:



"Saya pula suka dengan tema keluarga yang dibawakan dalam drama ini. Memang ia menyentuh tentang anak derhaka tetapi dalam konteks masa kini, drama sebegini minta kita agar benar-benar hargai hidup kekeluargaan.



"Apa gunanya berkunjung ke rumah orang pada musim Lebaran tetapi masing-masing tak berbual dan lebih terpaku pada telefon bimbit atau media sosial?"



Sebagai pasangan yang sehaluan dalam kerjaya, Aiman dan Zahirah kini sehala dalam memajukan perniagaan kafe studio Bakersfellas di Ara Damansara sejak awal tahun ini.



"Saya melihat kafe ini sebagai hab digital yang meliputi kafe, studio rakaman dan foto, akademi muzik dan akademi foto.



"Mereka yang berminat boleh mendapat pensijilan muzik daripada pemuzik tidak asing lagi, Awi Rafael, rakan kerjasama kami. Ada akademi fotografi juga.



"Inilah usaha saya menyumbang pada usaha menyebar ilmu digital, muzik dan foto, sesuatu yang tidak diajar di universiti tetapi dilaksanakan dalam industri kreatif ini," katanya lagi.



Zahirah pula menambah:



"Sebagai karyawan seni, kami melihat kandungan digital kini dititikberatkan. Itulah bidang paling utama pada masa akan datang.



"Justeru itu, apa yang saya dan Aiman cuba tebarkan adalah media sosial ini sebagai wadah berguna dan bukan membuang masa. Kita bantu wujudkan kandungan yang baik bagi kemajuan bersama."




"Komunikasi itu amat mustahak. Kami saling jujur antara satu dengan lain dan pastikan kejujuran ini juga dipancarkan buat peminat.



"Tiada yang kami ingin sorok daripada pengetahuan mereka. Sungguhpun begitu, ada juga aspek-aspek tertentu hubungan yang kami kekalkan sebagai satu privasi bagi menjaga hati ibu bapa masing-masing.



"Pengalaman silam mengajar kami berdua agar bersikap terbuka tetapi pastikan ada keseimbangan dari segi maklumat yang ingin dikongsi."
- Zahirah MacWilson




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >