Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25

Penghantar makanan foodpanda ingin sertai ekspedisi Artik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penghantar makanan foodpanda ingin sertai ekspedisi Artik

Dec 10, 2019 | 06:17 PM



MERENTAS salji di atas kereta luncur anjing di Bulatan Artik adalah impian seorang jejaka berusia 36 tahun. 



Meskipun telah berkelana ke serata dunia, pendaki ini masih belum puas meneroka dunia. 

Gemar merentas hutan dan berkhemah sejak di bangku sekolah, Encik Hadi Rosman pada mulanya meluangkan masa lapangnya beriadah di lokasi ulu yang ada di Singapura.



“Semua orang mempunyai cara istirahat masing-masing. Saya lebih suka teroka alam dan berehat dalam hutan. Lebih nyaman,” kata Encik Hadi yang menyifatkan dirinya sebagai ‘kaki camping’. 



Lantaran itu, daripada berkhemah di Hutan Simpanan Bukit Timah, penghantar makan Food Panda sepenuh masa ini diberi peluang oleh Fjällräven, sebuah syarikat mengkhususkan peralatan kegiatan luar, menyertai acara rentas mereka. 



Melalui acara Fjällräven ‘Classics’, beliau telah melengkapi trek di Hong Kong pada Oktober 2018, Thailand pada Januari 2019, Denmark dan Bromo pada Julai 2019, Sweden pada Ogos 2019 dan Jeju pada Oktober 2019. 



Encik Hadi ingin menyertai ekspedisi 300 kilometer pula yang dinamakan Fjällräven Polar 2020, yang akan berlangsung dari 30 Mac hingga 5 April. 



Namun bagi menyertai acara tersebut, beliau harus mendapat undian tertinggi. 



Untuk membantu Encik Hadi supaya beliau dapat kecapi impiannya, langgani https://polar.fjallraven.com/contestant/?id=7225&backpage=1&order=popul… untuk berikan undian anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >