Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Penghuni rumah rawatan terhibur dirai sempena HARI IBU

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penghuni rumah rawatan terhibur dirai sempena HARI IBU

May 06, 2018 | 05:30 AM



Sambutan Hari Ibu biasanya diraikan bersama keluarga tersayang. Namun, tidak semua ibu bernasib baik. Sesetengah mereka menyambutnya di rumah tumpangan dan rumah rawatan. Bagaimanakah sambutan dijalankan dan apakah bezanya dengan sambutan bersama keluarga sendiri? FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) dan SRI AFIQAH HAMIR (afiqahh@sph.com.sg) melaporkan.



SELAMA beberapa tahun tinggal di kampungnya di seberang Tambak, Cik Timah (bukan nama sebenar) menyambut Hari Ibu dengan hanya menyediakan bubur Asyura untuk disaji kepada keluarga serta jiran tetangga.



Amalan bertukar-tukar lauk-pauk juga menjadi kebiasaan beliau dan jiran tetangga pada ketika itu.



"Saya masih ingat anak akan minta masakkan bubur Asyura untuk dinikmati kami sekeluarga.



"Apabila ada lebih, saya kongsi dengan jiran tetangga dan kemudian mereka juga beri saya lauk-pauk atau kuih-muih mereka sebagai membalas budi kami," kata ibu empat anak itu yang belum bercucu.



Namun, sejak 11 tahun lalu keadaan mula berubah apabila beliau menghidap angin ahmar yang menjejas bahagian kiri tubuhnya.



Disebabkan tiada siapa dapat menjaganya, Cik Timah, 65 tahun, dipindahkan ke Rumah Rawatan Jamiyah, Darul Syifaa, di West Coast Drive.



Kini, beliau bergantung kepada kakitangan rumah rawatan itu untuk menguruskan beberapa rutin hariannya seperti memakaikan pakaian dan lampinnya memandangkan bahagian kiri tubuhnya itu tidak dapat bergerak akibat penyakit yang dihidapi.



Jika Cik Timah pernah menyediakan bubur Asyura dan mendapat ucapan Selamat Hari Ibu daripada keluarga, nasib yang sebaliknya pula dialami seorang lagi penghuni, Cik Sharifa (juga bukan nama sebenar).



Semasa mudanya, ibu tiga anak itu belum pernah menyambut Hari Ibu, apatah lagi mendapat ucapan hari istimewa itu daripada anak-anaknya.



"Saya dulu terlalu sibuk bantu arwah suami tampung perbelanjaan keluarga.



"Suami dulu jual daging, saya jual kuih. Tapi itu dulu. Kini lain ceritanya," kata wanita berusia 59 tahun itu lagi yang menghidap penyakit kencing manis, selain tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi.



Meskipun pada awalnya beliau sukar menerima hakikat dihantar ke Darul Syifaa untuk dijaga, Cik Sharifa, yang sebahagian kaki kanannya dipotong akibat kencing manis dan bergantung kepada bantuan kakitangan rumah rawatan itu, akhirnya berasa selesa tinggal di situ bersama mereka yang hampir senasib dengannya.



"Sini ada kawan. Hari-hari ada kegiatan seperti menyanyi dan melukis.



"Hari Ibu pula makannya sedap-sedap belaka. Kakitangannya pula ucapkan Selamat Hari Ibu kepada kami," katanya, yang kerap dilawati anak-anaknya yang biasanya membawa lauk-pauk untuk si ibu.



Suasana sambutan yang berlangsung mungkin tidak serupa dengan sambutan Hari Ibu bersama keluarga di rumah.



Namun, yang pasti sambutan memperingati Hari Ibu di Darul Syifaa lebih meriah dengan makanan lebih enak yang disajikan buat para penghuni, kata Pegawai Perolehan dan Program Darul Syifaa, Cik Normal Jamal.



"Kami juga adakan beberapa kegiatan sempena Hari Ibu. Tidak lupa juga, kakitangan kami akan menyampaikan ucapan Hari Ibu buat para penghuni," kata Cik Normal.



Pada ketika ini terdapat seramai 182 penghuni - termasuk 123 penghuni Melayu berusia antara lewat 50-an dengan 101 tahun - yang tinggal di Darul Syifaa.



Seramai 76 daripada mereka wanita dan 106 lelaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >