Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Pengurus Alanis Morissette mengaku gelapkan $7j

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Pengurus Alanis Morissette mengaku gelapkan $7j

Jan 19, 2017 | 11:54 AM

LOS ANGELES - Pengurus penyanyi rok Alanis Morissette mengakui pada Rabu (18 Jan) menggelapkan hampir AS$5 juta ($7.1 juta) dan menyatakan kononnya wang itu digunakan untuk menanam ganja.

Jonathan Todd Schwartz mengaku bersalah menggelapkan wang itu dalam dokumen mahkamah yang difailkan di mahkamah persekutuan Los Angeles.

Dia mengakui mengeluarkan sekitar AS$4.8 juta daripada akaun Morissette antara Mei 2010 dan Januari 2014 tanpa pengetahuan penyanyi itu dan melabelkan pengeluaran tunai itu sebagai "perbelanjaan runcit peribadi".

Apabila ditanya tentang dana yang hilang itu, dia berbohong dan mendakwa wang itu digunakan sebagai satu pelaburan menanam ganja.

Dia juga mengaku menggelapkan lebih AS$1.7 juta daripada seorang lagi selebriti yang tidak dikenali dan seorang ahli sukan.

"Schwartz digajikan bagi melindungi wang pelanggannya dengan menguruskan secara profesional, tetapi sebaliknya menyalahguna jutaan dolar untuk memperkayakan dirinya," kata Cik Deirdre Fike, Penolong Pengarah pejabat FBI di Los Angeles, dalam satu kenyataan.

Morissette, yang memfailkan saman terhadap Schwartz pada Mei, berkata bekas pengurusnya itu menyebabkan beliau kerugian AS$15 juta.

Penyanyi kelahiran Canada dan berpangkalan di Amerika itu berkata beliau menolak tawaran "lumayan' membuat lima persembahan di Las Vegas selepas Schwartz meyakinkannya bahawa beliau tidak memerlukan wang.

Menurutnya, beliau memecat Schwartz pada Mac selepas dia gagal menerangkan kewangannya dengan jelas.

Menurut GSO Business Management yang juga menggajikan Schwartz dan telah juga memfailkan saman terhadapnya, Schwartz mengekalkan gaya hidup mewah termasuk cuti dengan belanja AS$50,000 ke pulau Pasifik di Bora Bora dan hutang $75,000 di sebuah kasino.

Schwartz dijangka mengaku secara rasmi pada 1 Feb.

Walaupun secara teknikal dia menghadapi sehingga 23 tahun penjara, dengan persetujuan mengaku salah itu, hakim mungkin menimbangkan hukuman empat hingga enam tahun penjara. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3