PERBINCANGAN tentang isu kesihatan mental menjadi tema dalam persembahan drama Bisikan Sukma yang disusuli dengan sesi forum eksklusif di acara Pentas Budaya 2018.
Pentas Budaya merupakan pementasan teater tahunan sejak 2007 anjuran Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS) yang bermatlamat menggunakan teater sebagai wadah untuk memaparkan budaya Melayu.