Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Penyanyi Dayangku Intan derma ginjal kepada suami

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi Dayangku Intan derma ginjal kepada suami

Sep 29, 2018 | 04:45 PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayangku Intan, 53 tahun, selamat menjalani pembedahan mendermakan ginjal    kepada suaminya, Rosman Yahil, 56 tahun, di sebuah pusat perubatan di sini pada Sabtu (29 September).

Pengurusnya, Rushuhaimin Ab Rahman, berkata pasangan itu  sudah keluar dari  bilik pembedahan dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

 “Berbanding Rosman yang agak lemah, Intan sangat bersemangat dan optimis untuk menjalani prosedur itu,  yang bermula kira-kira jam 8 pagi.

 “Alhamdulillah, pembedahan yang mengambil masa tiga jam untuk Intan dan kira-kira lima jam bagi  Rosman berjalan lancar,”   katanya.

 Terdahulu, penyanyi era 1980-an itu mendedahkan mahu mendermakan ginjal    kepada suaminya yang mengalami masalah kegagalan organ itu  akibat kencing tikus.

Rosman, yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi terkawal, terkena kencing tikus yang  jangkitannya  merebak ke bahagian ginjal  hingga ia tidak  berfungsi sejak tiga bulan lalu.

Keadaan kesihatan suaminya yang merosot secara mendadak mendorong Intan  melakukan pemeriksaan bagi mendermakan satu daripada ginjalnya.

Pasangan itu, yang  sudah berkahdin selama  34 tahun, mempunyai  empat anak dan seorang cucu. – BH Online.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3