Nama beberapa penyanyi muda serantau menjadi sebutan sempena pesta muzik bebas terulung Asia, Music Matters Live, yang diadakan dari 9 hingga 13 September lalu. Pesta muzik ketujuh yang pernah diadakan di beberapa lokasi seperti Chijmes, Timbre Music, Canvas dan Hard Rock Cafe itu disajikan dengan kerjasama gedung muzik dalam talian, Apple Music. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) menemui dua penghibur yang terlibat, SonaOne dan Virgoun, bagi mencungkil peranan muzik dalam hidup mereka.
SEBAGAI anak kacukan Perancis dan Melayu, penyanyi rap Malaysia SonaOne kerap mencari identiti sebenar atau rasa kekitaannya.