Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Penyanyi veteran Shima kini dalam golongan asnaf dibantu zakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi veteran Shima kini dalam golongan asnaf dibantu zakat

Pernah hidup agak mewah kini jarang sekali diundang nyanyi, hidapi beberapa penyakit
Jul 19, 2019 | 05:30 AM



PENYANYI pop rok yang satu ketika dulu popular dengan lagu Teringin reda biarpun kini melalui kehidupan sukar.



Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazaman, 50 tahun, baru-baru ini disahkan layak dimasukkan dalam kategori 'golongan asnaf' yang membolehkan beliau menerima bantuan kewangan daripada agihan zakat.



"Gugur jantung apabila diberitahu saya kini dikategorikan sebagai golongan asnaf," luah Shima berkenaan status kehidupannya sekarang, lapor Harian Metro.



Shima berkata perkara itu dimaklumkan oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengunjungi kediamannya kelmarin.



"Malah mereka memohon maaf kepada saya sebelum menyebut perkataan ini.



"Mereka juga berjanji akan buat sedaya upaya dan tengok apa yang LZS boleh bantu saya.



"Tak dinafikan hiba juga mendengarnya tapi apa nak buat kerana ini kenyataan yang perlu saya terima," katanya.



Penyanyi yang juga dikenali menerusi lagu Setelah Aku Kau Miliki itu mengakui suatu ketika dahulu kehidupannya agak mewah.



"Memanglah dulu saya dijulang dan undangan persembahan pula tak putus diterima.



"Tapi sekarang saya terima hakikat sedang susah. Tak perlu saya ego nak menafikan perkara ini kerana ia ujian Allah.



"Saya tak pernah minta apa-apa daripada masyarakat. Tapi peluang tak diberikan untuk mencari rezeki.



"Malah persembahan yang bayar murah pun saya pergi," katanya.



Menurutnya, beliau juga sudah lama tidak muncul dengan lagu terbaru, manakala penganjur pula lebih cenderung mengundang artis baru untuk membuat persembahan.



"Cuma lagu lama saya kerap dimainkan di radio tapi hasil royalti yang dapat bukanlah banyak sangat," katanya.



Shima yang popular pada pertengahan 1990-an sudah lama menderita sakit saraf serta sakit belakang dan mendapatkan rawatan secara berkala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.



Terbaru, beliau juga mengalami sakit lemah pundi kencing dan perlu menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah itu.



"Makin lama kehidupan makin sukar kerana masalah sakit belakang semakin serius membuatkan saya terpaksa berehat seketika daripada berniaga.



"Untuk sembuh memang mustahil dan kalau buat pembedahan risikonya 50:50. Duit pun banyak keluar.



" Saya perlukan sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk tujuan perubatan, manakala sewa rumah pula RM600.



"Wang simpanan saya ketika berniaga terpaksa dikeluarkan untuk tujuan perubatan dan kegunaan lain," katanya.



Shima turut berhasrat mahu mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan berharap ada mana-mana pihak tampil membantunya.



Sementara itu, penderitaan Shima mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Cik Elizabeth Wong, yang mengunjunginya kelmarin.



"Saya dengan bantuan ahli majlis di sini akan cuba cari lokasi sesuai untuk berniaga kerana lokasi sedia ada tidak mempunyai lesen.



"Saya harap peminat dapat bantu Shima. Dia pernah menghiburkan serta menggembirakan peminat dan bantuan sewajarnya perlu diberikan terhadapnya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >