Peraduan nobat pereka fesyen generasi baru Asia

BUAT tahun ketiga berturut-turut, Anugerah Fesyen Generasi Baru Asia yang diberikan majalah Harper's Bazaar kembali lagi bagi mencari pereka fesyen baru di Asia bagi tahun 2015-2016.

Anugerah itu bertujuan mencari bakat baru dalam bidang fesyen selain menggalak kreativiti dan mewujudkan peluang bagi pembelajaran berterusan dengan menjalinkan kerjasama dengan sekolah desain fesyen terkemuka antarabangsa, Istituto Marangoni.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun