Peraduan pupuk keyakinan ibu tunggal
Jul 20, 2019 | 05:30 AM
JERIH payah menjalani hidup sebagai ibu tunggal selama 13 tahun sudah dirasakan pemegang gelaran peraduan peragaan Ms Singapore Malays International 2017/2018, Cik Zuhaina Safwan.
Lantaran itu, beliau begitu terkesan dan bersyukur apabila lebih ramai ibu tunggal tampil memasuki peraduan tersebut yang akan melabuhkan tirainya malam ini.