Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Perang burger penuhi selera

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Perang burger penuhi selera

Aug 27, 2019 | 06:01 PM



BEBERAPA restoran dan restoran makanan segera baru-baru ini kelihatan bersaing memikat pelanggan dengan memperkenalkan burger istimewa masing-masing. Berikut antara pilihan burger baru...

   
McDonald’s



Burger Samurai kembali dengan santapan sampingan kesukaan ramai, Shaker Fries perisa rumpai laut dan aiskrim soft serve perisa Matcha (teh hijau), bersama Matcha Dip McFlurry yang baru.



Setia kepada resipi asalnya, Burger Samurai memastikan setiap gigitan tidak dapat dilupakan dengan daging ¼ pound atau ayam panggang yang disaluti sos teriyaki, digandingkan dengan salad rangup dan mayonis berkrim antara dua roti yang dibakar keemasan dan dihiasi dengan biji bijan.



Nikmati Burger Samurai dalam dua cara - Burger Samurai satu potongan daging, atau gandakan kegembiraan anda dengan Burger Samurai dua potongan daging.



Nikmati Gandingan Samurai Khas dengan Burger Samurai satu potongan, Kentang Shaker perisa Rumpai Laut (besar) dan secawan Teh Hijau Heaven & Earth (pertengahan) dari $8.90.



Burger Samurai dan Kentang Shaker perisa Rumpai Laut disediakan selepas waktu sarapan pagi di Restoran McDonald’s di merata Singapura, dan melalui aplikasi McDelivery dan GrabFood, selagi stok masih ada.



Tambahan pula, dari Khamis (29 Ogos), Ebi Burger akan kembali sekali lagi, atas permintaan ramai. 



Ebi Burger ini disiapkan dengan kepingan isi udang yang dikepit antara dua roti biji bijan, bersama daun salad yang rangup dan disapu sos rekaan baru, iaitu sos mayonis bijan yang telah disangar.



Kali ini, burger ini sedikit berbeza, dengan penambahan lebih kawaii (comel).



Anda juga boleh dapatkan White Choc Strawberry Cream Pie yang baru!



Pie ini mempunyai inti krim coklat putih yang digandingkan dengan kepingan strawberi di dalamnya, dan disajikan panas-panas.



Burger King

 

Burger King baru-baru ini memperkenalkan empat pilihan burger yang menarik - burger Applewood Rodeo yang baru, burger WHOPPER Jr., burger FISH'N CRISP, dan burger CHICK'N CRISP CHEESE.



Bagi mereka yang meminati sos barbeku ala Amerika; burger Applewood Rodeo menawarkan lapisan potongan daging yang dipanggang, kemudian disajikan dengan dua cincin bawang, lalu disapu dengan sos Applewood barbeku yang agak manis, dan sos mayonis berkrim, lalu dikepit antara dua roti biji bijan yang tentu memuaskan!



Burger King turut menawarkan burger WHOPPER Jr dengan potongan daging sapi panggang yang lazat dihiasi dengan tomato dan salad segar, jeruk dan bawang rangup, disajikan dengan roti biji bijan, mayo berkrim dan sos tomato.



Tawaran Flamin’ Hot turut menawarkan burger FISH'N CRISP yang pasti memenuhi citarasa anda. Burger ini terdiri daripada filet ikan yang dihiasi dengan lapisan keju Amerika, sos tartar, yang semuanya diapit di antara dua keping roti lembut.



Burger CHICK'N CRISP CHEESE adalah antara pilihan kegemaran ramai. Pilihan ini khas untuk mereka yang suka burger ayam, dengan gandingan sos mayo, keju Amerika dan salad rangup yang dikepit dua keping roti bijian.

 

Burger King turut menyediakan tawaran roti unik untuk memuaskan keinginan para pelanggannya, dengan keluaran roti kentangnya!



Ia bakal disediakan dengan dua burger klasik Burger King-  burger Tendergrill Chicken and burger Double Cheeseburger.



Dianggap sebagai roti gaya tradisional Amerika, roti kentang ini lembut lagi mengenyangkan. 



Swensen’s



Restoran keluarga Swensen’s juga menawarkan Burger Impossible yang dibuat 100 peratus dari bahan tumbuhan!



Malah Swensen’s menawarkan empat jenis burger Impossible yang berbeza - Burger Impossible (Klasik), Rendang Impossible, Mushroom Impossible dan Garlic Aioli Impossible.



FatPapas



Ingin cuba daging yang dihasilkan dari bahan tumbuhan?



Firma Impossible Food menawarkan  makanan yang dihasilkan dari tumbuhan.



Impossible Burger yang dihasilkan daripada tumbuhan, kini boleh didapati di 200 restoran di Singapura, dengan pelbagai masakan dan pada harga yang berbeza.



Pencerminan kepelbagaian makanan yang terdapat di Singapura, pelbagai restoran dan chef telah menghasilkan sajian unik mereka menggunakan daging berasaskan tumbuhan.



Cubalah Impossible Burger FatPapas. 



Kafe I Am



Kafe I Am menawarkan lebih sebelas pilihan burger yang lazat seperti burger daging yang dipanggang atas arang, burger ‘The Boss’ dan Belle’s Burger.



Selain menggunakan daging, kafe ini turut menawarkan burger yang dibuat dari ketam dan ikan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >