LAPORAN
Perkasa diri dengan suntik motivasi
Tidak mudah patah sayap apabila diuji dengan penyakit yang melanda diri sendiri atau orang tersayang, mereka memastikan kehidupan hari esok tetap penuh dengan keceriaan. Ikuti wawancara wartawan kami dengan dua pemenang Anugerah Pesakit Berinspirasi SingHealth dan seorang penerima Anugerah Pengasuh Berinspirasi SingHealth yang menerima pengiktirafan mereka kelmarin.
Apr 17, 2016 | 05:30 AM
KERUSI roda bermotor yang menemani Encik Ahmad Hisham Abdul Rahim ke sana sini dipanggilnya kereta BMW.
Apabila bersembang dengannya, penghuni rumah jagaan The Singapore Cheshire di Serangoon Garden Way ini penuh dengan mutiara kata motivasi dan falsafah bernas.