Perlu tekal, amat sabar didik kanak-kanak berkeperluan khas

PENDIDIK yang membimbing golongan istimewa perlu tekal, tabah dan mempunyai tahap kesabaran tinggi, kata pengarah pembelajaran dan pembangunan hab pendidikan khas My Inspiring Journey (MIJ), Cik Faraliza Zainal.

Menurut beliau, guru yang mengajar kanak-kanak yang memerlukan kaedah "pembelajaran berbeza", seperti autisme, gangguan hiperaktif kaurang tumpuan (ADHD), palsi serebral, sindrom Down, disleksia dan kelewatan perkembangan global (GDD), perlu sering mengulangi kata-kata mereka.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan