Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Perlu terus bersenam walau sibuk beraya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

SEKITAR SYAWAL

Perlu terus bersenam walau sibuk beraya

Jun 13, 2019 | 05:30 AM



RAMADAN sudah berlalu dan musim Hari Raya masih berlangsung.



Pada masa ini, amalan "makan banyak" merupakan sesuatu yang sukar dielakkan - apatah lagi budaya kunjung-mengunjung masih diteruskan sepanjang sebulan Syawal.



Bagi mereka yang biasa bersenam, mengembalikan amalan sedemikian mungkin agak "berat" dilakukan.



Namun, bersenam perlu dijadikan amalan wajib di musim Hari Raya ini, apatah lagi setelah menikmati hidangan-hidangan lazat.



Jika tidak setiap hari, senaman berintensiti tinggi seperti yang dilakukan mereka yang bersukan pada hujung minggu, masih mampu memberi faedah kesihatan.



Pakar fisioterapi di Hospital Besar Sengkang (SKH), Encik Hariz Razali, berkongsi tentang istilah Weekend Warrior, kebaikannya, dan kesannya bagi mereka yang tidak bersenam secara konsisten.



Seperti yang diketahui, istilah Weekend Warrior merujuk kepada individu yang merangkum senaman sepanjang minggu dalam tempoh sehari dua, dan biasanya pada hujung minggu.



Sesi senaman mereka biasanya dipanjangkan supaya ia menepati garis panduan kesihatan yang telah ditetapkan.



Tinjauan nasional yang dilakukan pada 2011 mengenai penglibatan masyarakat dalam sukan menunjukkan 22 peratus responden bersenam sekali dua dalam seminggu.



Tinjauan itu melibatkan 9,000 warga Singapura.



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), individu yang berusia antara 18 dengan 64 tahun harus bersenam secara sederhana selama 150 minit seminggu atau secara intensif selama 75 minit seminggu.



Orang dewasa yang bekerja pada waktu pejabat, ditambah pula dengan komitmen rumah tangga dan keperluan sosial, akan besar kemungkinan memilih gaya hidup Weekend Warrior.



Pada masa lalu, ramai yang mempunyai pandangan negatif terhadap gaya hidup tersebut.



Namun, kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa gaya hidup Weekend Warrior boleh mendatangkan kesan positif pada kesihatan.



Menurut pakar kesihatan dalam bidang sukan, di dalam dan luar negara, Weekend Warrior tidak kurang sihat jika dibandingkan dengan individu yang bersenam secara konsisten sepanjang minggu, asalkan mereka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh WHO dan HPB.



Satu kajian yang dijalankan pada 2017 membuktikan bahawa individu yang bersenam sekali dua dalam seminggu dengan intensiti yang melebihi garis panduan yang telah ditetapkan WHO dapat merendahkan kadar kematian sebanyak 30 peratus, dibandingkan dengan individu yang tidak bersenam.



Mereka yang bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu (kira-kira 450 minit) pula meraih faedah kesihatan yang maksimum kerana dapat merendahkan kadar kematian sebanyak 35 peratus.



Berdasarkan statistik ini, ramai yang teruja untuk memilih gaya hidup Weekend Warrior kerana mereka dapat meluangkan lebih banyak masa untuk berehat selepas bekerja sepanjang hari.



Ada juga pendapat menyatakan bahawa bersenam secara konsisten dapat memperbaiki kepekaan hormon insulin, dibandingkan dengan bersenam hanya pada hujung minggu. Ini dapat membantu mengurangkan risiko sakit kencing manis.



Tambahan lagi, bersenam secara konsisten dapat membiasakan sendi tulang dan otot untuk senaman yang lebih intensif, lantas mengurangkan risiko kecederaan.



Bagaimanapun, gaya hidup Weekend Warrior boleh mendatangkan kesan negatif.



"Bersenam secara tidak konsisten boleh mendedahkan seseorang individu kepada risiko kecederaan, dibandingkan dengan individu yang bersenam secara tetap,



"Ini kerana tubuh kita memerlukan masa untuk membuat pengubahsuaian daripada mod tidak aktif ke mod aktif.



"Kecederaan yang biasa dialami Weekend Warrior adalah ketegangan dan sakit otot, kesakitan sendi tulang dan/atau kesakitan pada bahagian pinggang," kata Encik Hariz.



Kesimpulannya, sekiranya seseorang itu tidak dapat meluangkan masa bersenam dari Isnin hingga Jumaat, gaya hidup Weekend Warrior merupakan pilihan sesuai.



Walaupun terdapat risiko kecederaan, ia lebih baik daripada tidak melakukan senaman.



Namun, ia tidak begitu berkesan jika dibandingkan bersenam secara konsisten dari Isnin hingga Jumaat.




"Bersenam secara tidak konsisten boleh mendedahkan seseorang individu kepada risiko kecederaan, dibandingkan dengan individu yang bersenam secara tetap. Ini kerana tubuh kita memerlukan masa untuk membuat pengubahsuaian daripada mod tidak aktif ke mod aktif. Kecederaan yang biasa dialami 'Weekend Warrior' adalah ketegangan dan kesakitan otot, kesakitan sendi tulang dan/atau kesakitan pada bahagian pinggang.''
- Pakar Fisioterapi di Hospital Besar Sengkang, Encik Hariz Razali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >