Permainan VR semakin popular
Apr 30, 2019 | 05:30 AM
PERMINTAAN bagi permainan realiti maya kian mendapat perhatian di Singapura sejak kebelakangan ini dengan beberapa pusat mencatat jumlah pelanggan yang bertambah sejak pusat masing-masing dibuka.
Sandbox VR yang dibuka di Singapura sejak March tahun lalu telah menarik minat sekitar 2,000 pelanggan setiap bulan.