PENGARAH filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2), Riri Riza, pada mulanya tidak pernah merancang menghasilkan sekuel filem tersebut biarpun karya berkenaan mendapat sambutan luar biasa pada 2002.
Bagaimanapun, kata Riri, selepas filem itu ditayangkan semula di Indonesia beberapa tahun lalu, peminat mula membuat permintaan agar sambungan kisah itu dihasilkan.