Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Persiapan sebelum bercuti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Persiapan sebelum bercuti

Jun 09, 2014 | 06:00 AM



MUSIM cuti mungkin baru seminggu dan rasanya masih belum terlambat jika Kembara memberikan senarai yang perlu bagi anda yang mahu mengembara atau melancong.


Senarai ini bagaimanapun bukan lengkap kerana setiap individu memiliki keperluan yang berbeza-beza.


Saya letakkan antara yang paling utama ialah pasport. Kerana tanpanya, sampai ke manalah langkah tu nanti?


Tetapi yang penting juga ialah tarikh tamat tempoh pasport. Biasanya, enam bulan sebelum tamat tempoh tersebut, masih sah dilakukan. Bagaimanapun, saya selalu pastikan tarikh tamatnya masih lebih daripada enam bulan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.


Sesetengah negara agak 'cerewet' dalam soal tarikh tamat dan tiada yang lebih mengecewakan daripada sampai ke negara destinasi hanya untuk diarah pulang!


Jika anda hendak ke negara yang perlukan visa, dapatkan visa sedekat mungkin dengan tarikh keberangkatan anda untuk memastikan tempohnya masih sah.


Sekiranya keberangkatan pulang anda terlewat, anda mungkin tidak perlu melanjutkan tempoh sah visa itu di negara yang anda kunjungi. Leceh!


Biasanya, anda akan menyarung pasport dengan sarung kulit atau plastik yang mempunyai beberapa kocek. Manfaatkan kocek sarung pasport dengan menyimpan dua tiga gambar berukuran pasport, beberapa helai kertas untuk mencatat sesuatu dan kad-kad kredit atau bank yang sudah tidak dipakai.


Dalam sesetengah bilik hotel, elektrik akan dihidupkan dengan menyelit kad kunci bilik ke tempat khusus yang disediakan.


Apabila anda keluar dan mencabut kad itu, bekalan elektrik mati secara automatik. Anda boleh gunakan kad-kad anda tadi untuk menggantikan kad kunci bilik bagi memastikan bekalan elektrik akan berterusan, terutama jika anda ada menyimpan makanan dalam peti sejuk mini.


Jika anda berhajat memandu di negara destinasi, pastikan anda telah mendapatkan lesen memandu antarabangsa di sini.


Selain beg pakaian yang besar, bawa beg sandang kecil untuk mengisi keperluan peribadi.


Selain berus gigi, antara barang yang sering saya bawa apabila ke luar negara ialah lampu suluh, minyak angin, sejadah dan seluar pendek untuk berenang di kolam.


Jika anda memiliki telefon bimbit tambahan, bawa kededuanya dan gunakan kad SIM negara yang anda lawati kerana ini dapat mengurangkan bil telefon dengan banyak sekali.


Malah jika anda tidak bersedia membayar bil telefon yang mahal kerana penggunaan data mobil semasa melancong, pastikan ada khidmat data dan Internet di telefon bimbit anda. Jangan lupa membawa sekali pengecas telefon.


Barangan lain yang mungkin ingin dibawa ialah kamera, selipar, beg plastik, cermin mata hitam, baju hujan pakai buang, jaket tebal kalau ke negara sejuk dan senarai nombor telefon penting/kecemasan.


Membeli insurans pelancongan juga digalakkan. Selamat melancong dan selamat bercuti...


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >