Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pesta Malam Singapura 2019 bermula malam ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pesta Malam Singapura 2019 bermula malam ini

Aug 23, 2019 | 08:55 PM



PERAYAAN bicentenial yang penuh dengan program bertujuan membangkitkan sejarah menjadi menarik lagi apabila bandar Singapura bermandi lampu yang berwarma-warni mulai malam ini. 



Dalam Pesta Malam Singapura yang ke-12 ini, daerah Bras Basah dan Bugis sekali lagi akan dhias dengan cahaya, warna dan bunyi. Pesta bermula malam ini hingga akhir bulan Ogos (23 Ogos - 31 Ogos).



Dimeriahkan dengan 40 persembahan dan 17 pemasangan lampu malam di seluruh kawasan itu, terdapat banyak pameran baru.



Tambahan pula, di samping perayaan Bicentennial Singapura, beberapa karya dalam pesta ini akan memberi tumpuan kepada aspek tradisi, warisan serta legenda-lagenda dalam budaya-budaya Asia Tenggara.



Acara itu adalah percuma tetapi ada program dan acara khusus yang memerlukan tiket.


Selain daripada pemasangan lampu yang indah, Pesta Malam Singapura juga menawarkan beberapa persembahan muzik.

 SOTA's student band Pugs in Pockets





Pelajar Sekolah Seni Singapura (SOTA) Nur Izad Hamzah Bin Azman, 17 tahun, akan membuat persembahan bersama kumpulannya "Pugs and Pockets."



"Saya berasa ghairah menjadi wakil SOTA ," katanya.


"Inilah kali kedua kumpulan muzik “Pug di Pockets” diundang untuk membuat persembahan dalam acara tahunan ini. Ia merupakan peluang yang besar yang diberikan kepada kami dan kami amat menghargainya."


 "Bakat saya adalah dalam beatboxing dan bersama dengan rakan-rakan sekolah yang lain, kami akan membuat persembahan daripada pelbagai genre muzik seperti  pop, country dan jazz," tambah beliau. 





Untuk senarai penuh persembahan dan pemasangan, kunjungi di https://www.nightfestival.sg/about  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >