Pesta i Light Marina Bay anjuran Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) kembali 9 Mac hingga 1 April ini. Pesta itu, yang memasuki edisi keenam, akan memaparkan 22 seni pemasangan cahaya dari Singapura dan serata dunia, termasuk enam karya pelajar setempat. Acara itu dianjur bagi menggalak kemampanan dan usaha kitar semula.
LALANG dan awan antara pencetus inspirasi pelajar yang menghasilkan seni pemasangan bercahaya pesta i Light Marina Bay tahun ini.