SEPANJANG 11 tahun penglibatannya dalam bidang tinju, Muhamad Ridhwan Ahmad hanya inginkan sarung tangan tinju terbaik untuk dirinya.
Belum pernah beliau terfikir mahu melakukan sesuatu dengan sarung tangan tinju itu atas nama amal sehinggalah apabila seorang kenalannya di Tanjong Pinang yang membantu sebuah pesantren, bertanya di mana mereka boleh dapatkan sarung tangan tinju yang murah, barulah anak sulung empat beradik itu terfikir untuk melakukan sesuatu bagi menghulur bantuan.