KANAK-KANAK yang dibesarkan oleh ibu bapa yang mengamalkan gaya memberi makan secara responsif selalunya mempunyai pemakanan yang merangkumi lebih banyak jenis makanan dan lebih berkemungkinan mempunyai berat badan normal apabila mereka membesar.
"Kanak-kanak ini kurang berkemungkinan mempunyai berat badan terlalu rendah atau masalah kegemukan," kata Dr William MacLean, profesor klinikal jabatan pediatrik di Universiti Ohio State dan pakar pemakanan kanak-kanak.