Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pilihan hadiah canggih buat yang tersayang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

DUNIA DIGITAL

Pilihan hadiah canggih buat yang tersayang

Jan 22, 2020 | 01:01 PM



Ingin menghadiahkan peranti canggih untuk mereka yang tersayang? Berikut antara pilihan dari Canon.



Inspic P: $189

Pencetak yang boleh dimasukkkan dalam poket ini menawarkan pilihan baik untuk generasi pengguna telefon bijak. Inspic ialah singkatan untuk Inspiring Pictures atau foto yang memberikan inspirasi tampil sebagai pencetak segera yang bersaiz padat yang berupaya mencetak dan berkongsi foto dengan pantas. Alat ini mudah dihubungkan ke telefon bimbit menerusi Bluetooth



Pixma TS8370 : $299

Dengan reka bentuk yang menarik serta pilihan warna yang segar, pencetak Canon Pixma TS8370 bukan sekadar memenuhi keperluan pencetakan bahkan menawarkan sebuah peranti yang boleh dijadikan hiasan meja. 

Antara ciri menarik peranti ini ialah ciri mudah guna dan keupayaan menghasilkan cetakan kreatif. Misalnya, kemudahan wayarles alat ini membenarkan anda mencetak foto yang disimpan dalam telefon anda. Dari sudut kreatif, Pixma TS8370 boleh menghasilkan foto, pelekat foto, kalendar warna dan pelbagai media kreatif lain. Mutu cetakan alat ini juga tidak kurang hebat. Dilengkapi enam katrij dakwat individu, Pixma TS8370 berupaya menghasilkan cetakan foto yang lebih tajam dengan warna yang sungguh cerah. Ciri menarik lain ialah LCD layar sentuh 4.3 inci yang memudahkan operasi cetakan dan pilihan bahan yang perlu dicetak. Pixma TS8370 juga mempunyai ruang kad SD yang memudahkan cetakan foto yang simpan dalam kad berkenaan.



Canon EOS RP: $1,699.00 (badan kamera sahaja)

RP adalah model asas kamera jenis mirrorless atau tanpa cermin yang padat tetapi berupaya menghasilkan imej bermutu. Ia mempunyai sensor imej penuh 26.2-megapiksel yang sama dengan kamera Canon EOS 6D Mark II DSLR yang jauh lebih besar dan cip pemproses imej Digic 8. Kamera ini menawarkan 4,779 titik fokus automatik (AF) yang boleh dipilih menggunakan teknologi Canon Dual Pixel CMOS AF. Ia dilaporkan berupaya merakamkan hingga 5 bingkai sesaat (fps) dan mempunyai “kelajuan AF paling pantas di dunia” sepantas 0.05 saat. Beratnya badannya hanya 175g tetapi diperbuat daripada bahan yang tahan lasak.Selain merakamkan foto bermutu tinggi EOS RP juga boleh merakam video pada mutu 4K.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >