Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pilihanku

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pilihanku

Jan 08, 2020 | 05:30 AM



MENJIWAI lirik lagu atau jalan cerita filem menjadi antara perkara yang gemar dilakukan vokalis band Pink Saturday, Hafizah Naser.



Berikut mantan guru Bahasa Melayu berusia 36 tahun ini berkongsi tentang kerja seni pilihannya.



LAGU PEMBANGKIT SEMANGAT...



'I Will Survive' dendangan Gloria Gaynor. Lirik, rentak dan keseluruhan jiwa lagu ini memberi saya semangat baru ibarat segala yang terasa lelah dan lemah dicas kembali sehingga terasa tenaga meluap-luapnya!



FILEM YANG MENINGGALKAN KESAN BESAR PADA DIRI...



'The Impossible'. Filem ini berdasarkan pengalaman sebenar Maria Belon dan keluarganya ketika dilanda tsunami Lautan India pada 2004. Saya meraih inspirasi melihat bagaimana mereka mampu mengharungi segalanya.



Setelah menyaksikan filem ini, saya kerap terfikirkan bagaimana keadaannya jika saya tersepit dalam situasi sebegini bersama keluarga saya. Keadaannya benar-benar menakutkan.



PELAKON LELAKI KEGEMARAN...



Raja Bollywood, Shah Rukh Khan pastinya. Beliau memiliki aura dan bakat yang istimewa. Anda boleh berikannya apa sahaja peranan dan beliau akan mampu menghidupkannya dengan baik. Shah Rukh juga bijak dan memiliki humor yang mencuit hati.



JIKA MAMPU MEMILIH TEMAN KARIB DALAM KALANGAN PENYANYI ANTARABANGSA, PILIHAN SAYA...



Alicia Keys. Saya adalah peminat tegar Keys sejak beliau muncul dalam industri seni pada 2001. Saya sudah melihatnya dewasa menjadi wanita cantik luaran dan dalaman. Beliau memang penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang hebat. Orangnya nampaknya banyak memikir dengan luahan kata-kata yang memiliki maksud tersirat yang mendalam. Saya sukakan insan sedemikian! Ingin sekali saya menjadi teman karibnya.



ACARA SENI YANG DINANTI-NANTI TAHUN INI...



Minggu Seni Singapura yang berlangsung antara 11 hingga 19 Januari ini - sebahagian besarnya di Muzium Seni Singapura (SAM).



Saya gemarkan acara sebegini kerana banyak kerja seni boleh saya amati di pelbagai lokasi dalam beberapa hari ini. Saya ingin tinjau bahan pameran oleh pelukis tempatan atau persembahan bakat tempatan.



Singapura sebenarnya memiliki ramai bakat lantas itu menarik bagi kita melihat apa yang mampu ditawarkan mereka setiap tahun. - HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >