Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pisang goreng perkukuh niaga keluarga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DI BALIK GERAI

Pisang goreng perkukuh niaga keluarga

Dec 17, 2018 | 05:30 AM



"PISANG goreng ini sedaplah. Dari mana eh?... Oooo brahim"



Dari senario inilah telah membuat anak-anak kepada Encik Ibrahim Alias mencipta nama "O'Braim" sebagai nama syarikat makanan dan minuman 'pop up' mereka.



Mereka juga mengambil salah satu menu dari gerai ibu bapa mereka iaitu pisang goreng sebagai menu utama O'Braim selain dari pisang goreng keju, donat, serta donat burger untuk dijual ke pelanggan-pelanggan muda di pasar malam serta acara-acara makanan yang sering diadakan.



Adik-beradik Encik Abdul Hakeem Ibrahim, 31 tahun; Encik Abdul Hakam Ibrahim, 29 tahun; Cik Nur'Azizah Ibrahim, 28 tahun, dan suaminya Sheikh Abdul Muhaimin Baledram, 28 tahun, memulakan O'Braim sebagai langkah meluaskan perniagaan keluarga yang semakin membesar.



Menurut Encik Abdul Hakam, mereka memilih untuk berniaga hanya di acara-acara atau pasar malam kerana seperti "serik" dengan kegagalan ibu bapa mereka meluaskan perniagaan dengan membuka cawangan-cawangan lain.



Demi menjaga kos dan risiko, mereka berempat memilih konsep 'pop up'.



"Dari kecil kita sudah jual baju 'jersey' bola dengan kawan-kawan," jelas si abang, Encik Abdul Hakeem, tentang minat berniaga beliau dan adik- beradiknya yang disemai sewaktu kecil.



Malah, sebelum berniaga di gerai makanan, ayahnya pernah memiliki perniagaan dalam bidang kejuruteraan dan beliau sendiri turut membantu kerana mengambil kursus kejuruteraan ketika itu.



Walaupun Abdul Hakeem mempunyai diploma dalam kursus kejuruteraan mekatronik, beliau tidak pernah bekerja dalam bidang ini dan melihatnya sebagai kelebihan yang boleh diguna pakai untuk menyokong perniagaan.



Malah, adik-adik dan iparnya juga belajar dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) dan multimedia, reka bentuk dan undang-undang.



Adik perempuannya sahaja yang mempunyai ijazah dalam pengurusan perniagaan antarabangsa.



Kelebihan-kelebihan ini digunakan dalam perniagaan mereka, sama ada dari segi persiapan teknikal gerai 'pop up' ke rekaan-rekaan poster dan sebagainya untuk promosi.



Dari sudut lain juga, kelulusan yang mereka ada boleh dijadikan sebagai laluan lain yang mereka boleh gunakan jika perniagaan mereka gagal.



Mereka, yang pandai dan minat memasak ini, memilih untuk menjual pisang goreng hasil resipi turun-temurun keluarga ibu mereka, Cik Farhanah Amir, bukan sahaja kerana ianya 'paling laku' tetapi kerana mereka sudah membuat kajian sendiri tentang hype food atau makanan yang hanya popular pada sesuatu tempoh dan mereka mendapati pisang goreng adalah makanan yang malar segar.



Setiap hari ramai yang membeli.



"Alhamdulillah, untuk dua tahun ini, ramai yang masih membeli," kongsi Encik Abdul Hakam.



Beliau menambah, antara pelanggan mereka adalah generasi mapan yang masih memilih pisang goreng sahaja tanpa keju atau tambahan-tambahan lain.



Lebih-lebih lagi, kata Encik Abdul Hakeem, pelanggan mereka pernah mengatakan pisang goreng O'braim walau sejuk masih garing.



Setelah dua tahun menjalankan perniagaan O'Braim ini, mereka telah terlibat dalam 62 acara termasuk pasar malam, acara musiman, dan acara korporat untuk hotel Ritz-Carlton di mana mereka mengendalikan live station.



Antara cabaran yang dihadapi pula adalah waktu kerja yang panjang sehingga 16 jam setiap hari sehingga kekurangan waktu bersama keluarga sendiri.



Mereka juga sukar untuk mendapatkan tenaga pekerja kerana ramai yang tidak suka bekerja di pasar malam.



Namun begitu, kerana mereka adik-beradik yang sememangnya rapat, mereka tiada masalah kepercayaan atau ragu-ragu antara satu sama lain, dan kini dalam suatu masa mereka dapat mengendalikan empat acara serentak.



"Harapan kami jenama O'braim akan sepopular Ramly Burger," kata Encik Abdul Hakam yang mengharapkan jenama ini akan terus dikenali.



O'braim boleh 'diikuti' di media sosial di Facebook: O'braim dan Instagram: O'braim.



  • Nenie ialah seorang penulis sambilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >