Potensi besar ekonomi halal dunia, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:44
Syuruk
7:02
Zuhur
1:07
Asar
4:19
Maghrib
7:10
Isyak
8:20
Gaya Hidup0

Potensi besar ekonomi halal dunia

Kajian: Pasaran makanan global dijangka cecah AS$740 bilion jelang 2025
Feb 24, 2019 | 05:30 AM

PASARAN makanan halal global dijangka mencecah AS$739.59 bilion ($1,000.59 bilion) menjelang 2025, sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dunia yang beragama Islam.

Menurut satu kajian yang diterbitkan Grand View Research Inc, penduduk beragama Islam global dijangka berkembang sebanyak 7 peratus daripada 23 peratus penduduk dunia kepada 30 peratus menjelang 2030.

"Dengan peningkatan jumlah penduduk dunia beragama Islam selain kuasa berbelanja mereka yang tinggi, industri makanan halal dijangka berkembang pesat dalam tempoh yang sama," kata kajian itu.

Sehubungan dengan itu, di peringkat global, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu khususnya di Asia Pasifik serta Timur Tengah dan Afrika - dua wilayah utama yang menyumbang kepada perkembangan pasaran makanan halal global.

Baru-baru ini, Abu Dhabi dan Korea Selatan menjalin kerjasama dua hala yang meluaskan akses Korea Selatan bagi pasaran makanan halal Abu Dhabi dan dunia.

Berita Popular

Trend peningkatan dalam pasaran halal juga telah mendorong bukan hanya pemerintah negara Islam, bahkan negara bukan Islam juga telah melakukan pelbagai inisiatif dari sudut pemasaran dan pendidikan pelanggan mengenai halal. Ini juga telah mendorong pertumbuhan syarikat atau agensi pensijilan halal.

"Keyakinan pengguna dalam jenama-jenama halal adalah faktor paling berpengaruh dalam pembelian produk-produk halal," kata kajian itu lagi.

Grand View Research Inc juga mendedahkan daging dan produk alternatif merangkumi sebahagian besar pasaran global bernilai lebih AS$590 bilion.

"Daging halal adalah segmen bisnes yang penting. Pembentukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga memudahkan inisiaitf untuk membangunkan piawaian antarabangsa bagi makanan-makanan ini," ujar kajian itu.

Dalam pada itu, makanan halal membentuk sebahagian sahaja daripada ekonomi halal dunia.

Ekonomi halal tersebut turut merangkumi produk lain produk dan perkhidmatan termasuk percutian, fesyen, riadah, ubat-ubatan, kosmetik dan kewangan.

Secara keseluruhan ekonomi halal dunia itu dianggarkan bernilai lebih AS$3 trilion menjelang 2023, menurut laporan Nikkei Asian Review.

Sehubungan dengan itu, laporan Thomson Reuters dan DinarStandard pula menyifatkan Malaysia sebagai negara dalam kedudukan paling baik untuk merebut peluang ekonomi Islam.

Senarai negara-negara tersebut bukan hanya terdiri daripada negara majoriti Muslim, malah turut terdiri daripada pasaran-pasaran lain seperti Jepun di mana permintaan bagi produk dan perkhidmatan yang mematuhi tuntutan Islam - sama ada daripada pengunjung mahupun penduduk.

Di Singapura pasaran makanan halal juga berkembang dari tahun ke tahun. Pada 2017, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengeluarkan sijil halal bagi sekitar 5,000 premis, selain meluluskan permohonan sijil halal bagi 55,000 jenis produk buatan Singapura merangkumi makanan segera dan sos.

INFOGRAFIK: PERKEMBANGAN EKONOMI HALAL DUNIA (DALAM JUMLAH TRILION DOLAR)

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map