Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Prihatin tahap kebersihan di pusat jagaan kanak-kanak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
3

Prihatin tahap kebersihan di pusat jagaan kanak-kanak

Ramai ibu bapa prihatin terhadap amalan kebersihan, jangkitan penyakit dan keselamatan anak mereka yang menghadiri pusat pendidikan awal kanak-kanak. Menurut satu ucapan di parlimen pada Isnin lalu, kurang daripada lima pusat prasekolah ditutup ekoran penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setiap tahun sejak tiga tahun lalu. Kaum ibu berkongsi keprihatinan mereka terhadap penjagaan kebersihan di pusat penjagaan kanak-kanak, manakala seorang pegawai kanan peringkat awal kanak-kanak Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) menjelaskan pemeriksaan ketat yang dijalankan di pusat pendidikan awal kanak-kanak. Wartawan NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) dan NURMAYA ALIAS (nurmayaa@sph.com.sg) melaporkan.
aa
Feb 12, 2017 | 05:30 AM

SEBELUM menghantarkan anak sulungnya ke sebuah pusat penjagaan kanak- kanak, Cik Meliza Salim, 36 tahun, prihatin terhadap tahap penjagaan kebersihan yang diamalkan pusat tersebut dari segi persiapan makanan dan prosedur mengawal penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Namun, ibu dua cahaya mata perempuan itu mendapati bahawa pusat penjagaan kanak-kanak anaknya, Nyla Mikayla Yusri, tiga tahun, menjalankan pemeriksaan ketat, antaranya, memeriksa suhu badan kanak-kanak, ibu bapa dan pengunjung sebelum memasuki kelas; menghubungi ibu bapa sekiranya ada kanak-kanak didapati sakit demam dan mengkuarantin kanak-kanak itu untuk mengelakkan jangkitan; memberitahu ibu bapa dengan segera sekiranya ada kes HFMD; dan meningkatkan lagi rutin pembersihan dan menyahjangkit di pusat penjagaan tersebut.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >