Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

'Doktor angkasa'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PROFIL

'Doktor angkasa'

Jul 12, 2017 | 05:30 AM



KEBANYAKAN orang tidak selesa melakukan pekerjaan di luar zon selesa mereka.



Tidak demikian bagi Dr Fadzil Jaafar, 50 tahun.



Daripada bertugas di hospital atau klinik, beliau memilih merawat pesakit di angkasa - di dalam pesawat.



Beliau antara segelintir doktor yang menawarkan khidmat rawatan kecemasan di udara bagi pesakit yang dipindahkan dari satu lokasi ke destinasi jauh - kadangkala merentas benua.



Lebih menarik lagi, Dr Fadzil layak memandu pesawat satu enjin yang boleh mendarat di darat dan permukaan air, kerana beliau mempunyai lesen juruterbang privet (PPL).



Semua ini kelihatan menyeronokkan, namun, menurut Dr Fadzil, yang telah memikul tugas itu selama 17 tahun, cabaran bermula sebaik sahaja beliau mendapat panggilan bagi khidmat tersebut.



"Biasanya, kami mendapat panggilan sekitar tiga jam sebelum berangkat untuk memberi kami masa bersiap.



"Tapi, pernah juga saya mendapat kerahan sekitar setengah jam sebelum keberangkatan bagi menggantikan seorang doktor yang terpaksa menarik diri pada saat akhir.



"Sebab itu, saya sentiasa membawa pasport saya ke mana sahaja saya pergi," ujar lulusan Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 1991 itu.



Cabarannya tidak berakhir di situ. Sebaik menaiki pesawat, beliau perlu memantau keadaan pesakit sepanjang perjalanan.



"Ini menjadi tanggungjawab saya. Lagipun memang saya sudah lama impikan menjadi doktor angkasa," katanya, yang juga seorang doktor keluarga.



Beliau, yang bergerak sebagai doktor perseorangan, telah merawat pesakit dalam pesawat sejauh di Mongolia, Canada, Amerika Syarikat, beberapa negara Eropah, seperti Sepanyol, Korea Selatan, Jepun, China dan hampir semua negara Asean.



Penerbangan berlangsung antara beberapa jam hingga lebih 15 jam bagi destinasi lebih jauh.



"Saya juga pernah menghabiskan masa hampir sehari merawat seorang pesakit yang diterbangkan dari Dubai di UAE (Amiriah Arab Bersatu) ke Sydney di Australia.



"Cukup mencabar, apatah lagi pesakit itu menghidap masalah sawan berterusan. Ini kerana terdapat beberapa isu logistik penerbangan yang perlu diuruskan sebelum pesakit dibenar menaiki dan turun pesawat," ujarnya.



LALUAN KERJAYA



Dr Fadzil pernah bertugas di beberapa hospital antara 1991 dengan 2000, dan menjalani latihan untuk menjadi pakar sakit puan.



Atas sebab ingin mencuba sesuatu yang berbeza, beliau kemudian menubuhkan sebuah klinik privet pada 2001.



Kliniknya yang diberi nama Albarakah Clinic & Surgery di Hougang itu kemudian dijual pada 2015.



"Sebenarnya pada masa itu saya juga sudah berjinak-jinak dengan tugas sebagai doktor angkasa.



"Ketika itu saya sudah mula terima banyak tawaran untuk khidmat rawatan di ruang udara.



"Selain itu, keutamaan saya mula berubah, apatah lagi anak-anak mula membesar. Maka itu saya ambil keputusan menjual klinik saya," kata bapa empat anak itu, yang kini turut menjadi doktor sambilan di beberapa klink privet.



Anak-anaknya - seorang perempuan dan tiga lelaki - berusia antara 14 dengan 23 tahun.



Dr Fadzil mendapat sokongan penuh daripada isterinya, Cik Hasnah Sulaiman, 49 tahun, seorang suri rumah.



LESEN PENERBANGAN



Mengenai minatnya dalam bidang penerbangan, Dr Fadzil berkata ia berputik daripada minatnya bermain permainan simulasi penerbangan.



Menurut Dr Fadzil, apabila bermain permainan itu, beliau berasa seolah-olah beliau sedang menerbangkan pesawat betul.



"Dalam hati, saya berkata saya perlu dapatkan lesen penerbangan.



"Berbekalkan usaha yang disusuli doa, saya mengambil keputusan menjalani latihan mendapatkan lesen itu," katanya.



Ketekunannya membuahkan hasil.



Selepas sekitar enam bulan menjalani latihan dua kali seminggu di Senai, Johor, Dr Fadzil akhirnya lulus.



Selepas tujuh tahun, tempoh penerbangan yang dicatatnya sudah mencapai sekitar 250 jam. Ini termasuk tempoh beliau membawa isterinya dan dua anak mereka ke Pulau Tioman.



"Yang ingin saya buktikan kepada ramai ialah jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Tapi ia perlu dibekalkan dengan usaha dan doa," kata Dr Fadzil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >