Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Program bantu seniman muda dedah potensi seni

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Program bantu seniman muda dedah potensi seni

Sep 13, 2018 | 05:30 AM



SENIMAN muda memerlukan pendedahan dan ruang khusus bagi karya mereka diketengahkan di balai seni buat tatapan orang ramai.



Lantaran itu, apabila Program Bakat Muda diperkenalkan pihak ION Art pada 2012, ia menjadi wadah bagi belia dengan daya kreativiti tinggi ini menyumbang kerja seni bermutu sebagai renungan orang awam.



ION Art merupakan satu usaha bersepadu pusat beli-belah ION Orchard mewujudkan cinta seni lukis dan reka bentuk di dalam perkarangan bangunannya.



Program ini dikendalikan dengan kerjasama Affordable Art Fair (Pameran Seni Yang Dimampui) Edisi November.



Dalam satu kenyataannya, ION Art menjelaskan matlamat program ini adalah mengenal pasti secara lebih awal bakat muda lagi berpotensi di samping memberi mereka bimbingan dan panduan tentang cara membangun kemajuan seni masing-masing.



Pengalaman yang diraih daripada mengadakan pameran solo ini kelak dapat memperkasa jati diri dan identiti mereka sebagai seniman yang baru bertapak dalam industri seni.



Dalam pada itu, Program Bakat Muda ini juga menjadi tumpuan pedagang dan pengumpul karya seni kontemporari yang gigih mencari karya segar daripada seniman serantau.



Pemohon yang ingin menyertai program ini mestilah yang berusia antara 18 dengan 35 tahun serta dilahirkan di Asia Tenggara. Mereka juga tidak diwakili sebarang balai seni.



Daripada sejumlah pemohon itu, enam hingga lapan seniman muda kemudian dipilih oleh Jawatankuasa Pilihan Program Bakat Muda agar mempamerkan karya mereka di Affordable Art Fair sekitar November.



Daripada barisan pelukis muda itu, penganjur kemudian menyenaraipendekkan dua atau tiga seniman muda yang akan bekerjasama dengan kurator program bagi Pameran Solo Pemenang di balai seni ION Art, setahun kemudian.



Program ini telah menghasilkan beberapa bakat muda berpotensi besar seperti Encik Muhammad Noor Iskandar Othman, Encik Hilmi Johandi, Cik Alecia Neo, Cik Lavender Chang, Cik Vellachi Ganesan,



Edisi keenam pameran ini tahun ini pula diusahakan dengan bantuan runding cara kurator Cik Seah Tzi-Yan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >