PROGRAM sembang amal yang disiarkan secara langsung buat julung-julung kalinya dalam wadah Facebook Live Jumaat lalu, berjaya mengumpulkan $65,000 bagi Madrasah Alsagoff Al-Arabiah.
Jumlah tersebut terkumpul hasil rancangan tiga jam berjudul Chope! A Seat In Jannah yang digerakkan oleh pihak madrasah dengan kerjasama syarikat dakwah dalam talian, BaruNakStart dan syarikat media, ScreenBox Pte Ltd.