KEPRIHATINAN Cik Nadia Natasha Midzamuddin terhadap isu sekitaran khususnya pembuangan berlebihan bahan plastik bertambah selepas beliau membereskan projek tahun akhir di Politeknik Temasek (TP).
Projek Treasurable Trash (Sampah-Sarap Yang Dihargai Bak Khazanah) itu diusahakan bagi memupuk kesedaran ramai tentang isu genting yang diperlekeh masyarakat Singapura dalam menjaga alam sekitar mereka.