Personaliti
Puas hati bantu lelaki dapat flat sewa
Pegawai SLA tunjuk empati kepada gelandangan tinggal di bawah jejambat; terima anugerah kerana sikap kerja cemerlang
SETELAH mendapat maklum balas daripada orang ramai tentang nasib seorang gelandangan di bawah jejambat Thomson, pegawai Penguasa Tanah Singapura (SLA), Syed Othman Syed Ahmad Kamal, pergi ke tempat berkenaan untuk menyiasat.
Syed Othman, yang merupakan eksekutif kanan pengurusan tanah agensi itu, tidak terus menghalau lelaki itu.