Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

'Racun' penawar jiwa lara Farhan Shah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Racun' penawar jiwa lara Farhan Shah

Sep 23, 2018 | 05:30 AM



UJIAN berat melanda hidup bakat tempatan Farhan Shah yang sudah bermastautin di Australia apabila beliau disahkan menghidap sejenis penyakit autoimun tahun lalu.



Penyakit dengan nama saintifik alopecia areata yang dipercayai timbul kerana tekanan itu menyebabkan gumpalan rambutnya gugur dan tompok botak di kepalanya semakin membesar hari demi hari.



Keadaan itu sedikit sebanyak menyebabkan Farhan, kini 27 tahun, murung dan hilang semangat untuk berkarya ataupun belajar.



Namun, beliau enggan mengecewakan harapan ibunya yang membiaya pengajian ijazah Sarjana Muda Dalam Perhubungan, Pengajian Media dan Pemasaran di Universiti Western Australia (UWA).



Farhan menggagahkan semangatnya malah memakai topi besar apabila perlu menjayakan klip iklan radio Ria 89.7FM.



Beliau perkasakan diri untuk belajar lebih rajin sehingga muncul sebagai pelajar cemerlang UWA bahkan diundang sebagai anggota Persatuan Penghormatan Antarabangsa Golden Key.



Keanggotaan persatuan berprestij itu hanya melalui undangan dan ditawarkan kepada 15 peratus penuntut terbaik maktab atau universiti dunia.



Tahun ini pula, rezeki berlipat ganda bagaikan mengubati jiwa laranya.



Farhan berjaya meneruskan citacita mengambil ijazah Sarjana Komunikasi Pemasaran di Universiti Melbourne.



Beliau juga menerima tiga pencalonan bagi Anugerah Planet Muzik (APM) 2018 dalam kategori Lagu Terbaik Singapura, Lagu Paling Popular (Singapura) dan Artis Paling Popular (Singapura).



Pendek kata, lagu Racun tentang insan toksik yang mengganggu hidupnya bak penawar yang mencetus rezeki dan inspirasi buatnya.



Lagu tersebut merupakan irama yang menggambarkan kemarahan tetapi akhirnya memujuk hati agar melepas bebaskan sahaja insan-insan toksik meskipun banyak kenangan manis bersama.



Ketika ditemui Gah! di pejabat Berita Minggu, baru-baru ini, Farhan berkata:



"Saya menitiskan air mata gembira apabila diumumkan dalam sidang akhbar di Hotel Orchard bahawa saya menerima tiga pencalonan APM.



"Susah senang saya selama lapan tahun sejak terlibat dalam Singapore Idol (Musim 3) membawa hasil jua.



"Ia memberi saya keyakinan bahawa tanpa bergerak di bawah sebarang label rakaman malah melakukan kerja pemasaran seorang diri tetap boleh membawa pulangan.



"Dengan ujian penyakit keguguran rambut itu, saya bertanya kepada diri, 'Apakah saya terlampau kerja keras?' Saya juga bimbang pelajaran saya akan menjadi hambatan meneruskan kerjaya seni.



"Tapi saya teringat ibu dan pengorbanannya. Saya teringat rakan media yang banyak menyokong saya. Itulah penguat semangat buat saya agar tidak mudah putus asa."



Farhan yang sudah mengatasi masalah keguguran rambut itu menjelaskan bahawa laluan pendidikannya belum menemui detik penamat kerana beliau masih dahagakan ilmu pemasaran buat kerjaya seninya.



"Selepas saya keguguran rambut secara mendadak dan ia ada kaitan dengan stres, saya terfikir mengapa saya harus teruskan lagi belajar?



"Namun, saya mahu tebarkan sayap saya ke luar Singapura. Saya senang dengan Indonesia dan bercadang melakukan kerjasama dengan artis di sana.



"Kadangkala saya terasa apa yang saya lakukan bagi memajukan kerjaya saya dan perkembangan peribadi saya belum cukup lagi. Saya nak terus belajar dan kumpul pengalaman," dedahnya.



Antara yang ingin dijana kelak ialah single dalam bahasa Inggeris. Di sebalik tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau lebih keinggerisan daripada kemelayuan, Farhan menegaskan beliau tetap anak Melayu yang bangga dengan asal usul dan budayanya.



"Entahlah, sama ada kerana saya peserta Singapore Idol ataupun orang lihat saya kerap berbual Inggeris di media sosial, mereka akan tertanya-tanya mengapa semua single saya dalam bahasa Melayu? Bila nak bikin single Inggeris?



"Jawapan saya, saya tetap budak Melayu yang tidak lupa asal usulnya. Tidak ramai yang tahu bapa saya bawa saya ke majlis kahwin sewaktu kecil dengan saya begitu teruja menyanyikan lagu-lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza seperti Cindai, Nian Di Hati dan Aku Cinta Padamu.



"Tapi dalam perancangan, saya akan rakam single Inggeris. Saya juga akan hasilkan album EP," katanya lagi.



Dalam setiap perjalanan seninya, Farhan banyak belajar daripada kesilapan silam khususnya dalam mempercayai mereka yang dirasakan mempergunakan atau menipunya.



"Seorang teman saya, Iqmal Jumaat, memetik gitar bagi mengiringi saya sejak 2008. Beliau sudah lihat jatuh bangun saya.



"Beliau saksi apabila saya mahu berundur diri selepas diperdaya orang yang dipercayai sepenuh hati. Beliau pembakar semangat saya malah saya seronok merancang konsert mini atau menyiapkan rekaan kulit muka single saya secara sendiri," katanya penuh penghargaan buat sahabatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >