DARI KUALA LUMPUR: PERJALANAN gadis Singapura, Nurul Rahila Rashun, di dalam Akademi Fantasia (AF) 2016 mungkin terhenti minggu lalu apabila beliau disingkirkan kerana menerima undian terendah di peringkat separuh akhir.
Penyingkirannya menimbulkan perbincangan dan perdebatan hangat di media sosial dengan ramai pengikutnya dari Singapura dan Malaysia yang terkilan, kecewa dan marah kerana beliau tidak ke peringkat akhir peraduan, meskipun memiliki vokal bertenaga.