Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Rahila terharu diingati penyiar Indonesia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rahila terharu diingati penyiar Indonesia

Dec 20, 2018 | 05:30 AM



SETAPAK demi setapak, penyanyi setempat, Nurul Rahila Rashun, ingin melangkah jauh dalam industri hiburan serantau berbekalkan bakat nyanyiannya.



Ini memandangkan pada usia muda 22 tahun, beliau sudah pun mencuba nasibnya di dua peraduan besar di Malaysia dan Indonesia, Akademi Fantasia dan Dangdut Academy Asia 3 (DAA3).



Beliau malah terharu masih lagi diingati sehingga diundang saluran Indosiar yang menganjurkan peraduan DAA buat empat musim, baru-baru ini.



Rahila yang baru pulang dari Kuala Lumpur bagi program kerjasama Singapura-Malaysia, Muzika Ekstravaganza, bergegas ke Jakarta bagi program pembuka tirai DAA4.



Hujung bulan ini, beliau juga dijadualkan kembali ke Jakarta bagi memenuhi amanah sebagai bintang tamu program tersebut yang bakal melabuhkan tirai bagi musim ini, tidak lama lagi.



Tentunya peraduan DAA itu menjadi medan pertandingan peserta dari Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei, Thailand dan Timor Leste, bersaing dalam membawa lagu dangdut dan irama tradisional.



Jika peserta Singapura, Henny Hanip, mengharumkan nama Singapura apabila berada di tangga kesembilan dalam musim pertama DAA, Rahila pula memukau ramai di tangga ketujuh peraduan.



Ketika ditemui Gah! di Teater MES, Mediacorp baru-baru ini, Rahila berkata:



"Alhamdulillah, ada rezeki saya membuat persembahan di Indonesia. Walau sudah setahun berlalu sejak saya meninggalkan pentas DAA3, pihak Indosiar masih mengingati bakat dan kebolehan saya. Penonton di Indonesia pula lebih menghargai dengan bersikap terbuka pada saya yang berusaha mempelajari lenggok dangdut meskipun genre ini sesuatu yang asing buat saya.



"Penghargaan mereka memang luar biasa. Kita bukan siapa-siapa tetapi mereka cukup menghargai dan menghormati."



Rahila bahkan menyifatkan pengalaman bertanding di rantauan sebagai sesuatu yang memperkasa keyakinan dirinya.



Di sebalik segala cabaran dan tekanan yang dirasakan, beliau banyak menimba ilmu persembahan yang payah dicari ganti.



"Tahun ini, saya lihat peserta Cina, Maia Lee, memberanikan diri memasuki DAA4. Pengalaman menyanyikan lagu berbahasa Jawa adalah sesuatu yang pastinya bermakna buatnya.



"Apa yang boleh saya katakan apabila kita menyertai DAA, kita sentiasa dicabar dengan keupayaan menghasilkan sesuatu yang berbeza. Peserta datang dari enam negara serta berdepan dengan pengulas dan pengadil dari enam negara juga. Tidak mudah.



"Kita harus beri kejutan, tahu kelebihan kita dan amati kelebihan mahupun kelemahan peserta lain. Ia ibarat satu permainan strategi juga, bukan setakat pentas hiburan demi kekal di atas dalam pertandingan," kongsinya.



Rahila sudah pun menghasilkan single Langit Sampaikan, Samba Di Hari Raya (bersama kumpulan OutCry) dan Aku Dia Dan Rasa.



Suaranya juga berkumandang dalam lagu runut bunyi telefilem Bonda, Kerudung Pilu.



Mengenai single terbarunya, beliau menambah:



"Saya merancang single pop dangdut awal tahun depan. Mudah-mudahan ia juga boleh dipasarkan ke Jakarta." - HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >