Dalam usaha memajukan muzik tempatan tanpa mengira bahasa yang digunakan, Persatuan Pemuzik Singapura atau The Musicians Guild of Singapore, tampil dengan Sidang Muzik Clapps di Maktab Seni Lasalle, Jumaat dan Sabtu ini. Clapps adalah singkatan bagi Composers, Lyricists, Arrangers, Producers and Performers (Penggubah Lagu, Penulis Lirik, Penyusun Lagu, Penerbit dan Penghibur). Apakah matlamat persidangan yang diadakan buat kali kedua ini? Apakah yang akan dikongsi penghibur malar segar, Rahimah Rahim dan pengarah band sekolah, Encik Mohd Rasull Md Khelid dalam sidang itu? HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
SINGAPURA tidak ketandusan bakat tempatan yang mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.