SELEPAS pengacara Raja Azura menyanyikan lagu malar segar Doris Day, Perhaps, Perhaps, Perhaps, pertanyaan yang bermain di fikiran ramai penonton Gegar Vaganza 4 (GV4) adalah:
"Mungkinkah beliau akan terus bertahan dalam siri peraduan realiti itu dan mara ke pusingan keempat atau apakah persembahan tersebut adalah yang terakhir buatnya?"