Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Raja Lelong 'pukul canang' di Kampong Jawa

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Raja Lelong 'pukul canang' di Kampong Jawa

Penampilan bersama anak bagi semarak Jualan Raksasa Singapura
Jul 06, 2019 | 05:30 AM

LAUNGAN lelongan oleh 'Raja Lelong' yang popular satu masa dahulu, mungkin akan kedengaran jika anda berkunjung ke Baghdad Street pada hujung minggu ini.

Ini adalah hasil gabungan tenaga di antara Raja Lelong atau Encik Mohsin Nazarali dengan anaknya - pereka fesyen dan usahawan, Cik Fatimah Mohsin - sempena Jualan Raksasa Singapura (GSS) tahun ini.

Ini selepas Cik Fatimah, pemilik khidmat tatarias pengantin, Fatimah Mohsin The Wedding Gallery dan jenama perhiasan, PropUpStore mengambil sebahagian dalam kempen GSS, yang dianjurkan oleh Persatuan Peruncit Singapura (SRA) di Baghdad Street.

Syarikat Cik Fatimah telah diundang untuk menyertai kempen 'Alami GSS: Kampung Gelam', yang berlangsung sejak semalam hingga 14 Julai nanti.

Seluruh kawasan Baghdad Street akan berubah wajah menjadi syurga beli-belah bagi mereka yang mencari barangan rumah, perhiasan dan gaya hidup.

Mereka yang terlibat dalam kempen ini rata-rata adalah peniaga di Kampung Glam dan kempen itu bertujuan menawarkan wadah untuk mereka mengetengahkan produk-produk mereka.

Semasa ditemui baru-baru, Cik Fatimah menjelaskan:

"Saya amat berbesar hati diundang menyertai kempen ini dan akan melibatkan juga rakan peniaga lain di gerai jualan saya nanti.

"Sedang sekitaran dan pasaran runcit menjadi semakin mencabar bukan sahaja dalam negeri tetapi juga luar negara, makanya usaha seperti ini akan banyak membantu peniaga seperti saya sendiri, memikir di luar kotak dan menjalin kerjasama dengan peniaga yang berfikiran sama."

Awal dari itu, Cik Fatimah telah terlibat dalam satu lagi inisiatif GSS, 'Great Singapore Street Pop-Up' di Orchard Road, dengan menubuhkan kontena runcit yang menjual barangan perhiasan rumah PropUpStore.

"Acara lelong ini sebenarnya pertama kali yang saya buat dan ini merupakan acara jualan selepas musim Hari Raya.

"Jadi saya mahu menawarkan kepada para pelanggan yang terlepas peluang membeli barangan kami semasa Raya, dan pada sama, menghabiskan stok yang ada untuk memberi laluan kepada yang baru.

"Sebahagian daripada ruang runcit saya akan dikongsi bersama rakan peniaga lain seperti Diyana Halik dan Aaron Aziz.

"Dan saya telah memberitahu mereka bahawa harga barangan mereka perlu dijual sekurang-kurangnya separuh daripada harga asal, bagi menepati konsep lelongan ini," ujar lulusan rekaan fesyen dari Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) itu.

Cik Fatimah menjanjikan barangan akan dilelong pada harga rendah.

Sebagai contoh, kusyen Propupstore yang berharga asal $38 akan dijual pada $10 manakala bunga akan dijual serendah $2.

"Dari segi keuntungan, kami akan terus mendapat keuntungan yang kecil namun sebab kami sudahpun menikmati keuntungan dan penjualan yang baik semasa Raya, jadi kami tidak begitu bimbang tentang kadar keuntungan kali ini," tambahnya.

Menyentuh tentang acara lelongan bersama ayahnya, Cik Fatimah yang memanggil mesra ayahnya Bak, berkata:

"Meskipun kami berdua tahu cara kita berjualan memang berbeza, tetapi kali ini saya akan menyerahkan acara lelongan kepada beliau sebab beliaulah 'pakar lelong'.

"Cuma sekarang suaranya tidak sekuat dahulu, jadi perlulah beli pembesar suara!"

Acara lelongan semasa tempoh itu akan diadakan pada masa-masa tertentu yang akan dimaklumkan menerusi media sosial, tambah Cik Fatimah.

Antara mereka yang akan turut serta dalam acara lelongan itu, adalah perniagaan yang menyertai acara CelebRaya seperti jenama Adore Avenue, Adam & Hawa Honey serta Band of Brothers kendalian pelakon Aaron Aziz dan pemain bolasepak, Aide Iskandar.


PELUANG SERTAI ACARA JUALAN RAKSASA SINGAPURA

“Saya amat berbesar hati diundang menyertai kempen ini dan akan melibatkan juga rakan peniaga lain di gerai jualan saya nanti. Sedang sekitaran dan pasaran runcit menjadi semakin mencabar bukan sahaja dalam negeri tetapi juga luar negara, makanya usaha seperti ini akan banyak membantu peniaga seperti saya sendiri, memikir di luar kotak dan menjalin kerjasama dengan peniaga yang berfikiran sama.”

PELUANG BERGANDING DENGAN ‘BAK’

“Meskipun kami berdua tahu cara kita berjualan memang berbeza, tetapi kali ini saya akan menyerahkan acara lelongan kepada beliau sebab beliaulah ‘pakar lelong’. Cuma sekarang suaranya tidak sekuat dahulu, jadi perlulah beli pembesar suara!”

– Pereka fesyen dan usahawan, Cik Fatimah Mohsin


BUTIRAN TENTANG PROJEK GLAMWAY

  • Antara kempen di bawah kempen GSS: Alami Kampong Gelam
  • 5 Julai hingga 14 Julai; 7 malam hingga 10 malam
  • Pertunjukkan fesyen menampilkan pereka seperti Lulu Alhadad dengan kerjasama Aik Bee Textile Co
  • Tukang jahit, Feayn menampilkan rekaan yang menerapkan ciri seperti daun gelam dan menggunakan teksil daripada Angel Fabrics and Gim Joo Textile Company
  • Rekaan menarik hasil Sherry See, Azni Samdin dan Ada Goh
  • Selebriti tempatan seperti Aisyah Aziz dan Haneesya Hanee dalam acara 'catwalk'
  • Tetamu terhormat, Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Yaacob Ibrahim

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3