Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ramai selebriti lawat Zaibo di hospital

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ramai selebriti lawat Zaibo di hospital

Astro turut beri sumbangan
Sep 08, 2018 | 05:30 AM



PENDEDAHAN mengenai pelawak Zaibo yang diserang barah esofagus telah mengejutkan ramai teman-teman seni, yang kemudian melahirkan rasa sedih di sosial media.



Ini memandangkan Zaibo dipandang sebagai seorang personaliti yang cukup ramah, sentiasa rendah diri dan sopan berbicara biarpun sibuk di set penggambaran atau lokasi penerbitan.



Esofagus ialah bahagian salur makanan yang terletak diantara tekak dan perut.



Naib Presiden Perniagaan Melayu di stesen televisyen Astro di Malaysia, Khairul Anwar Salleh, dalam kiriman mesejnya kepada wartawan Berita Harian Singapura berkata pihaknya berasa sedih dengan keadaan yang menimpa Zaibo.



Mungkin ada yang masih ingat, Khairul pernah menjadi pengarah siri drama Spanar Jaya yang disiarkan di TV3, yang turut menampilkan Zaibo sebagai pelakon utama bernama Pak Selamat.



Sebelum itu, Khairul, yang berasal dari Singapura, juga pernah bekerjasama dengan Zaibo dalam siri drama popular Singapura, Under One Roof.



"Hadiah wang yang dikumpul menerusi rancangan Super Spontan malam ini (malam tadi), akan diberikan kepada Zaibo," kata Khairul.



Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62 tahun, dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor, sejak 3 September lalu.



Kelmarin, Presiden Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT), Datuk DJ Dave, juga tampil menghulurkan bantuan.



DJ Dave menziarahi Zaibo yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, bersama dua ahli Pemegang Amanah YKAT, Datuk A Rahman Hassan dan Colin Lionel Edmonds.



"Sebaik saja mendengar masalah kesihatan Zaibo menghidap barah tahap empat, YKAT terpanggil untuk menghulurkan sumbangan kepadanya.



"Semoga sedikit bantuan itu akan dapat meringankan bebannya.



"Kami harap kehadiran rakan-rakan dari YKAT ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepadanya terus melawan penyakit itu," katanya.



Yayasan itu sebelum ini banyak membantu artis yang menghadapi dalam kesusahan dan sakit, dan ia sentiasa prihatin dengan perkembangan semasa anak seni dan sentiasa sedia menghulurkan bantuan.



Turut menziarahi Zaibo ialah penyanyi Datuk Nash.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >