Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Rancangan TV Indonesia cari peserta S'pura

Gaya Hidup
31
0

Rancangan TV Indonesia cari peserta S'pura

Jan 27, 2018 | 05:30 AM

PENYANYI Singapura, Rosalina Musa, yang kini semakin mesra denggan panggilan Kak Ros setelah kemunculannya sebagai pengulas dalam Dangdut Akademi Asia (DAA) di saluran Indosiar selama tiga musim, telah diberi kepercayaan stesen televisyen Indonesia itu mencari peserta tempatan bagi dua program realitinya.

Dua program itu ialah Aksi Asia 2018 dan Putri Muslimah, yang kedua-duanya mempunyai elemen dakwah dan akan turut menampilkan peserta dari negara serantau termasuk Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Bercakap kepada Berita Harian, Rosalina berkata kejayaan DAA menggabungkan bakat-bakat serantau dalam rancangan yang gah dan gemilang telah membuka lebih banyak pintu untuk bakat-bakat tempatan mencari wadah di peringkat serantau, termasuk dalam bidang agama.

"Inilah masanya bakat-bakat tempatan, bukan saja dari bidang nyanyian, bahkan juga lakonan, teater dan pidato mendapatkan pentas lebih besar untuk menampilkan bakat mereka. Tentu pengalaman bertanding di samping mendapat latihan daripada pakar-pakar untuk mempersiap peserta akan memberi mereka lebih banyak pendedahan dan ilmu dalam bidang yang diceburi," kata Rosalina yang menerima permintaan Indosiar itu secara rasmi menerusi e-mel.

Tahun lalu, beliau telah membantu mendapatkan sekurang-kurangnya tiga peserta dari Singapura untuk menyertai rancangan DAA.

Aksi Asia 2018 merupakan rancangan yang menampilkan bakat pendakwah muda lelaki dan perempuan berpidato dengan persembahan yang kreatif. Ia dibuka kepada mereka yang berusia 17 tahun ke atas.

Putri Muslimah pula dibuka kepada wanita yang boleh membaca Al- Quran berusia antara 17 dengan 25 tahun, selain mempunyai bakat lain seperti berpidato, berlakon dan mengacara.

Kedua-dua rancangan itu bertujuan mencari personaliti yang boleh diketengahkan sebagai personaliti televisyen bagi pelbagai genre rancangan yang ada unsur agama.

Peserta yang terpilih untuk bertanding akan diberi bimbingan oleh asatizah dan personaliti TV dari Indonesia sepanjang program berlangsung.

Ini juga bermakna peserta harus bersedia berada di Jakarta selagi mereka berada dalam pertandingan.

Tahun lalu, enam orang telah mewakili Singapura dalam Aksi Asia.

Antara mereka ialah mantan deejay radio, Dyn Norahim; Adek Zuhaimei Ismail, Hidayat Ismail, Fakhrudin Amin, Fadhly Rosli dan Nurulhudah Umar.

Rosalina berkata beliau berharap akan mendapatkan sekurang-kurangnya 20 peserta untuk sesi uji bakat pertama di Singapura pada 4 Mac ini dari 11 pagi hingga 9 malam, sebelum uji bakat selanjutnya yang akan dirakamkan oleh Indosiar pada 14 dan 15 Mac.

Mereka yang terpilih untuk mewakili Singapura akan diterbangkan ke Jakarta sekitar Mei.

Uji bakat akan diadakan di:

Era Dance Theatre Project Studio,
Goodman Arts Centre,
Blok O, #01-59,
Goodman Road,
Singapura 439053.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di gerai yang dikendalikan personaliti Roslan Shah di pameran Mega Wedding & Lifestyle di Singapore Expo sehingga Ahad ini, atau hubungi telefon 9082-6541 atau 97291023 untuk maklumat lanjut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3