Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ratu cantik Manushi Chhillar mungkin akan ceburi Bollywood jua

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ratu cantik Manushi Chhillar mungkin akan ceburi Bollywood jua

Jul 16, 2018 | 05:30 AM



KOMITMEN selaku Ratu Dunia ternyata membuat Manushi Chhillar sibuk dengan jadualnya tapi itu tidak bermakna 'pintu' menjadi bintang Bollywood tertutup bagi gadis tercantik di dunia ini.



Chhillar muncul selaku Ratu Dunia itu dalam satu pertandingan di China tahun lalu.



Anugerah itu kali terakhir dimenangi Ratu India pada 2000.



Ia dimenangi Priyanka Chopra - setahun selepas Yukta Mookhey juga dari India memenangi Ratu Dunia.



Kededua mereka kemudian menjadi pelakon Bollywood, lapor laman Indianexpress.



"Saya rasakan dalam diri saya ada ciri-ciri pelakon.



"Menjadi doktor dan pelakon sama sahaja.



"Bapa sering beritahu saya, untuk jadi doktor yang baik, saya juga perlu jadi pelakon yang baik kerana 50 peratus pesakit sembuh dengan cara kita melayan perasaan mereka.



"Seorang doktor punya peranan yang perlu dimainkan apabila menjadi doktor.



"Sedangkan sebagai Ratu Dunia juga saya perlu mainkan peranan.



"Kadangkala melihatkan keadaan sesetengah orang boleh buat kita rasa sedih tapi saya perlu tersenyum dan kongsi kebahagiaan.



"Maka sebab itulah saya tahu saya seorang pelakon yang baik," katanya dalam laman PTI.



Beliau kini mengikuti kursus ijazah perubatan di sebuah kolej perubatan di Sonipat.



Ditanya berapa banyak filem yang ditolaknya sejauh ini, Chhillar berkata:



"Saya belum katakan tidak kepada semua peluang. Ia lebih kepada menunggu.



"Saya perlu penuhi beberapa tanggungjawab pada masa ini. Saya akan buat keputusan mengenai Bollywood bila tiba masanya," kata beliau.



Hampir setengah tahun selepas memenangi Ratu Dunia, ada perubahan dalam kehidupannya...



"Daripada gadis yang hanya memakai cermin mata untuk membaca semasa dalam biliknya, kemudian perlu ke hadapan berbual depan kamera dengan memberikan pandangan mengenai beberapa perkara, banyak yang telah berubah.



"Tapi saya sedang menikmatinya," tambah beliau.



Bagi Chhillar memenangi pertandingan ratu cantik itu bukan setakat mempunyai wajah jelita, tetapi juga berpandangan sejagat.



"Ia memerlukan kepercayaan pada diri sendiri untuk jadi seorang Ratu Dunia.



"Sebagai ratu, anda memiliki wajah jelita atas sebab. Tidak boleh sekadar jelita sahaja.



"Tidak mudah mengunjungi sebuah kawasan yang dilanda bencana.



"Anda tidak boleh meratap sedih tetapi perlu di samping penduduk di tempat itu dan merasakan keperitan mereka," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >