KERJAYA selesa dalam ruang berhawa dingin di bank yang dibangunkan selama lebih sedekad ditinggalkan demi melanjutkan minat dalam bidang membuat kek dan roti.
Cik Linda Emarina Ahmad gembira dapat menghasilkan ban sambal buat pelanggan dari dapur flat empat biliknya di Pasir Ris. Namun, beliau rindu sebahagian tugas lamanya ketika bekerja dalam dunia korporat dulu sebagai pelatih.