SEJAK usia remaja, Razil Razil, 32 tahun, meminati bidang nyanyian dan penulisan lirik lagu. Namun, disebabkan tahu kekuatannya bukanlah menyanyikan lagu 'cover', beliau menumpukan perhatian kepada penulisan lirik.
Kini, Razil Razil atau nama sebenarnya Mohamed Razil Mohamed Noor, berpeluang bekerjasama dengan syarikat penerbitan lagu Greendoor Studios bagi menulis lirik buat penyanyi muda.