MESKIPUN selesa berganding dengan pelakon tampan lagi serba boleh Redza Rosli, yang disifatkannya sebagai 'malu-malu kucing', pelakon dan penyanyi comel Ayda Jebat enggan kisah cintanya dicungkil lebih daripada potensi kerjayanya.
Beliau juga tidak rela ada pihak menganggap Redza hanya menumpang kepopularannya, yang dibina hasil kegigihan mendekati peminat dan kecekalan melalui onak duri anak seni.