Usia mereka baru 'setahun jagung', namun pencapaian dua beradik kelahiran Britain daripada ibu bapa asal Malaysia, Omar Mukhtar Omar Mukhlis dan Fatimah Omar Mukhlis, boleh dikatakan mengagumkan. Omar Mukhtar, 12 tahun, sudah pun selesai menulis bukunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi manakala adiknya, Fatimah, baru empat tahun, merupakan sensasi media sosial, sekali gus merebut gelaran Personaliti Media Sosial Paling Popular oleh akhbar Berita Harian Malaysia.
DIA baru berumur 12 tahun tetapi bukan sahaja Omar Mukhtar Omar Mukhlis berjaya memasuki sekolah berprestij, King Edward's School (KES) di Britain malah buku pertamanya juga bakal diterbitkan tidak lama lagi.