Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Rentak hujung minggu; Pesta muzik Baybeats 2019 mulai hari ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rentak hujung minggu; Pesta muzik Baybeats 2019 mulai hari ini

Aug 23, 2019 | 12:13 PM



48 persembahan muzik eklektik akan berlangsung di lima buah pentas di festival muzik alternatif tahunan Singapura, Festival Baybeats yang akan bermula malam nanti (23 Ogos).



Dengan pentas baru serta video secara langsung, festival muzik alternatif tahunan Singapura Baybeats giat berinovasi untuk menawarkan hiburan yang lebih baik bagi tahun ke-18 ini.



Berlangsung di Esplanade dari Jumaat hingga Ahad, festival percuma ini akan menampilkan pelbagai jenis persembahan lagu seperti Heavy Metal dan Rok Indie.



Selain daripada lagu jenis rok, pesta ini juga memperkenalkan aksi lagu jenis hip-hop pada kali pertama tahun lepas, dan bagi tahun ini, rapper dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Jepun turut akan memberi persembahan mereka juga.



Sebanyak 48 persembahan akan diadakan di lima buah pentas, termasuk pentas Chillout di Esplanade Concourse dan Esplanade Annexe Studio.



Disebabkan pembinaan teater baru, pentas Powerhouse yang terletak di sepanjang kawasan persiaran tepi sungai Singapura akan dipindahkan ke pentas Arena di Teater Luar Esplanade.



Terdapat juga pentas baru, LiveWire untuk persembahan rok dan hip-hop di Taman Forecourt Esplanade.



Di kawasan itu juga akan diadakan Pentas Terbuka, yang menampilkan set unplugged pada ketiga-tiga malam hujung minggu ini.



Pada tahun ini, Baybeats juga akan mengadakan khidmat video siaran langsung untuk beberapa persembahan terpilih pada hari kedua festival itu melalui saluran YouTube Esplanade (youtube.com/EsplanadeSG) dan halaman Facebook Festival Baybeats (facebook.com/baybeats).



Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri lelaman www.esplanade.com/baybeats.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >