MEMORI lama semasa rakan-rakan Melayunya tidak dapat menikmati juadah yang dimasaknya semasa di Jepun, membuat Encik Munemori Toshihiro, lebih peka untuk menyajikan sajian halal semasa membuka restoran pertamanya.
Tidak hairanlah, bapa tiga anak yang berasal dari Pulau Shikoku, wilayah Kagawa, Jepun, itu bertekad mendapatkan pensijilan halal bagi restorannya yang diberi nama Fu-Men itu - sejurus ia dibuka April lalu.