Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ringkas tapi glamor jadi inspirasi Adlina Anis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ringkas tapi glamor jadi inspirasi Adlina Anis

May 22, 2015 | 05:30 AM



KOLEKSI tudungnya telah pun direka sejak tahun lalu lagi.


Ini kerana menurut hijabista tempatan Adlina Anis kesemua tudung yang dihasilkan di bawah jenamanya dijahit dengan tangan.


Justeru menurutnya ia memerlukan masa yang lebih lama.


Ini juga tambahan dengan sikapnya yang mementingkan kesempurnaan dan mahu memastikan kesemua produk yang dipasarkannya dijahit dengan teliti.


Bukan sahaja busana Raya sahaja yang perlu diberi perhatian.


Tudung juga penting agar dapat menyerlahkan lagi keterampilan wanita yang memakainya.


Malah, tudung eksklusif boleh membuat busana yang ringkas tampak lebih menarik dan bermutu.


Koleksi Raya Adlina tahun ini banyak dihiasi dengan taburan manik-manik, batu kristal Korea serta fabrik kilat.


“Memang prosesnya lebih lama. Tetapi saya utamakan kualiti.


“Kalau ada yang tidak kena sikit, saya akan pastikan ia dijahit semula,” kongsinya yang mempunyai enam penjahit di kilangnya di Jakarta.


Seorang rakan kongsinya di Jakarta akan memastikan kesemua berjalan dengan lancar.


Bermula minggu ini, Adlina telah memperkenalkan salah satu daripada enam rekaan eksklusif di laman media sosialnya.


Antara yang bakal diperkenalkan termasuk turban, ‘instant hijab’ atau hijab mudah pakai, koleksi hijab serba putih serta hijab yang disertakan dengan rantai.


Ada rekaan yang telah diperkenalkannya tahun lalu dilancar semula tahun ini dengan menggunakan fabrik lain kerana sambutan yang menggalakkan.


“Inspirasi saya bagi menghasilkan koleksi ini ialah ia perlu simple, mudah dipakai tetapi pada masa yang sama tampak glamor apabila dipakai.


“Ia bukan sahaja sesuai untuk Raya sahaja tetapi juga majlis-majlis tertentu,” jelas usahawan berusia 32 tahun itu yang menambah bahawa harga koleksinya adalah antara $40 dengan $185.


Apa yang menarik tentang setiap koleksi yang diperkenalkannya ialah Adlina menjadi model bagi jenamanya sendiri.


Beliau juga mengajar pengguna bagaimana menggayakannya menerusi klip video mudah.


Bagaimanapun selaku trendsetter atau pencetus trend dalam gaya hijab ini, Adlina mengaku ada kalanya masalah peniruan boleh berlaku.


“Tapi bagi saya ini semua rezeki masing-masing. Tidak mungkin satu gerai jual nasi lemak, gerai lain tidak boleh jual nasi lemak kan?” jelasnya.


Beliau yang dikenali dengan gaya hijab ala snood, atau tudung mudah pakai, menyifatkan kain satin akan terus menjadi pilihan popular menjelang Raya ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >