Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Riz Sunawan kongsi cabaran di 'podcast' BH

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Riz Sunawan kongsi cabaran di 'podcast' BH

Jul 09, 2019 | 05:30 AM



PADA usia yang baru menjangkau 40 tahun, pengacara Riz Sunawan atau nama sebenarnya Asri Sunawan mempunyai pelbagai impian dan harapan untuk dicapai.



Manusia merancang tetapi Allah menentukan.



Sekali air bah, sekali pantai berubah.



Sekitar Oktober tahun lalu, dunia Riz tiba-tiba berubah setelah beliau disahkan menghidapi 'Motor Neuron Disease' (MND).



MND disebabkan sel saraf di otak dan sumsum tulang belakang yang dipanggil 'motor neuron' tidak lagi berfungsi atau dinamakan 'neurodegeneration'.



Dalam podcast #NoTapis, Riz - buat kali pertamanya - berkongsi secara terperinci mengenai keadaannya itu.



Episod bersama Riz Sunawan bakal dimuatnaikkan ke Spotify esok (Rabu) pada 12 tengah hari.



#NoTapis mengetengahkan personaliti popular, Suhaimi Yusof, dan koresponden Berita Harian (BH), Shahida Sarhid, sebagai pengacara.



Dilancarkan pada 13 Mei lalu, #NoTapis kini menduduki tangga ketujuh di carta podcast Spotify dengan lebih 20,000 muat turun.



BH memuatnaikkan tiga episod setiap minggu pada Isnin, Rabu dan Jumaat (12 tengah hari).



Dalam episod sebelum ini, antara tetamu podcast BH ialah petinju profesional negara, Muhamad Ridhwan Ahmad atau Ridhwan 'The Chosen Wan'; pendakwah bebas dan penceramah motivasi, Ustazah Liyana Musfirah; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Safinah Institute, Ustaz Tarmizi Wahid; CEO Muslim Youth Forum (MYF), Ustaz Zahid Zin; dan selebriti, Nadiah M. Din bersama suami Bilal Jeanpierre.



Berikut tiga langkah mudah untuk menikmati podcast terbitan BH:



1. Muat turun aplikasi Spotify dalam telefon bijak.



2. Tekan #NoTapis di ruang pencarian podcast.



3. Follow #NoTapis untuk menikmati kandungan kami.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >